RIMOWA ORIGINAL BAG SEBAGAI PENEMAN SETIA GAYA HAEL HUSAINI
Bagasi Original oleh RIMOWA yang cukup ikonik menjadi inspirasi kepada penghasilan RIMOWA Original Bag yang menjulang ritma sleek dan berinovasi.
Karya RIMOWA terkini yang bakal menjadi rebutan adalah RIMOWA Original Bag, yang mana ia menggabungkan ketukangan hebat jenama ini bersama citra fesyen moden. Mendapat inspirasi daripada bagasi ikonik mereka, beg baharu yang bersifat uniseks ini diperbuat daripada Jerman dengan menggunakan material ringan serta ditambah bersama rekaan yang berinovasi. Sama ada digalaskan pada bahu, memakai silang pada badan atau menjinjit, RIMOWA Original Bag pasti akan membiaskan nada elegan dan praktikal. Hael Husaini menjadi antara yang pertama mengenali lebih rapat beg moden ini. Secara eksklusif GLAM mendekati seharianya dengan RIMOWA Original Bag.
MUZIK MENJADI CARA KREATIF HAEL HUSAINI MENGEKSPRESIKAN DIRI! TEGUH DENGAN DNA, HAEL TIDAK PERNAH MELUPAKAN SAAT PERIBADI AGAR DAPAT MENGHASILKAN RITMA YANG TERINDAH. LEBIH PERSONAL DAN MISTERI DENGAN THE ORIGINAL BAG DALAM RONA HITAM.

JATUH CINTA DALAM DUNIA MUZIK ADALAH KERANA IBUNYA. SEGALA KERINGAT KINI BUAT KELUARGA TERCINTA. THE ORIGINAL BAG TERKINI MENJADI PENEMAN SETIA KERANA INOVASI REKAAN YANG MENGGUNAKAN MATERIAL RINGAN JUGA NAMPAK MEWAH BERSAMA PEMEGANG DARIPADA BAHAN KULIT.

THE ORIGINAL BAG MEMUDAHKAN HAEL DALAM ACARA HARIANNYA. SILANGKAN SAHAJA PADA BADAN UNTUK MEMBERI KEBEBASAN PADA TANGAN. INILAH STAIL SANG PENGEMBARA MODEN YANG TIDAK GENTAR DALAM HAL BERGAYA.

TIMESLES; ITU YANG PENTING BAGI HAEL DALAM MEMILIH AKSESORINYA. APATAH LAGI CADANGAN THE ORIGINAL BAG DI RIMOWA INI BOLEH DIGAYAKAN SECARA KASUAL ATAUPUN KE MAJLIS FORMAL. PILIHAN RONA PERAK MEMBANGKITKAN CITRA SOFISTIKATED.
Tonton video RIMOWA bersama Hael Husaini
#RIMOWAOriginalBag
Artikel berkaitan: THE ORIGINAL BAG MENGHIDUPKAN LEGASI RIMOWA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 JENAMA YANG PERNAH RIDZMAN ZIDAINE, MODEL MALAYSIA, PERAGAKAN DI FASHION WEEK
Ridzman Zidaine semakin mendapat perhatian di pentas fesyen global apabila wajahnya sering menghiasi runway rumah-rumah fesyen ternama dunia.
GL THE MAN AWARDS 2025, “USAHAWAN FESYEN TERBAIK”-ASAL.LELAKI
"Kami bersyukur kerana memiliki pelanggan setia yang benar-benar menghargai keaslian dan identiti jenama Asal.Lelaki," Hazwan & Muzzamil.
GL THE MAN AWARDS 2025, “THE STYLE HERO”-NOH SALLEH
"Secara jujur, saya sendiri pun tidak pasti bagaimana saya masih bertahan dalam industri ini selama dua dekad. Saya tidak punya formula khas, tiada strategi besar yang dirancang," Noh Salleh.
GL THE MAN AWARDS 2025, “STAIL TERBAIK”-IQIE
Iqie atau nama sebenar, Syed Mir Iqbal memiliki stail yang luar biasa, moden dan berani juga mencerminkan perjalanan seninya dalam muzik.
7 PERKARA MENARIK TENTANG PELAKON YUSUF BAHRIN
Ketahui 7 perkara menarik tentang Yusuf Bahrin yang mungkin anda belum tahu! Pelakon dan suami kepada Zizi Kirana.
DOMINASI SELEBRITI LELAKI ASIA DI MILAN FASHION WEEK SS26
Milan Fashion Week SS26 baru sahaja melabuhkan tirai dengan koleksi menawan serta kehadiran selebriti-selebriti lelaki Asia yang menawan.












