Skip to content

Christian Louboutin

“ROCKNRUN” SENTUHAN BARU CHRISTIAN LOUBOUTIN

Kongsikan artikel ini

Christian Louboutin memperkenalkan sneaker terbaru mereka Rocknrun yang tampil dengan gaya sporty dan dinamik yang memukau.

Christian Louboutin memperkenalkan sneaker Rocknrun direka semula sebagai sneaker paling ringan dan selesa dalam koleksi pakaian lelaki. Dihiasi oleh reka bentuk yang sporty, sneaker prestasi baru ini menggabungkan kecemerlangan teknikal dengan estetika peribadi yang berani dan penuh warna.

“ROCKNRUN” SENTUHAN BARU CHRISTIAN LOUBOUTIN

ROCKNRUN

Foto: Christian Louboutin

Rekaan design sneaker ini mempunyai stail atletik bersama bahagian atas yang knitted, tapak busa yang terbungkus, dan lapisan termo-pelekat. Disempurnakan dengan kombinasi warna dan kemasan untuk menghasilkan penampilan grafik yang moden. Sneaker ini turut menampilkan identiti  ikonik jenama ini, termasuk logo ‘Louboutin’ pada bahagian atas, tapak berduri, serta lapisan dalam dan tapak kaki merah .

 

Rocknrun

Foto: Christian Louboutin

Sneaker ini tersedia dalam empat warna klasik termasuk aqua sky blue , royal blue, Loubi merah, dan hitam. Ciptaan ini adalah gabungan sempurna antara gaya menarik perhatian dari Maison dan inovasi teknikal.

Rocknrun bukan sekadar sneaker, ia adalah klasik cult yang sedang dibentuk. Menampilkan bahan mesra alam, tapak Rocknrun boleh dikitar semula, dan bahagian atasnya dibuat daripada 80% poliester kitar semula. Untuk larian malam di bandar, logo dan tali kasut reflektif jenama ini menambah sentuhan kepraktisan.

 

Pautan ini berkaitan: 5 KOLEKSI PAKAIAN LELAKI TERBAIK KLFW 2024

By Siti Maliyanah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Skechers KLFW 2024

TRENDY, FUNKY DAN SELESA, SKECHERS PERKENAL KOLEKSI TERBARU

Bacaan Lanjut
OUTFIT LELAKI

OOTD” MUST-HAVE: 7 ITEM FESYEN LELAKI YANG PERLU ADA DALAM ALMARI ANDA

Bacaan Lanjut

5 TREND SNEAKER LELAKI PALING POPULAR 2023

Bacaan Lanjut
NCT 127 Puma Slipstream

KASUT SNIKER PILIHAN KUMPULAN K-POP, NCT 127

Bacaan Lanjut
A BATHING APE X ASICS

DROP TERBARU KOLEKSI A BATHING APE X ASICS!

Bacaan Lanjut
PRADA X ADIDAS A + P LUNA ROSSA 21, TAMPIL DALAM DUA WARNA

PRADA X ADIDAS A + P LUNA ROSSA 21, TAMPIL DALAM DUA WARNA

Bacaan Lanjut