SANDRO RAIKAN GEMILANG 50 TAHUN IKON BUDAYA POP YAKNI SMILEY
SANDRO RAIKAN ULANG TAHUN KE-50 THE ORIGINAL SMILEY MELALUI TARUHAN KOLEKSI LENGKAP.
Ditanda dagangan pada 50 tahun yang lalu oleh seorang wartawan Perancis bernama Franklin Loufrani. SMILEY merupakan salah satu ikon yang cukup dikenali dalam industri seni grafik.
Dengan pengaruh budaya mula dari Talking Heads hingga kumpulan Nirvana, Acid House hingga DC Comics, Banksy hingga Murakami, Smiley telah berkembang menjadi status antrabangsa dan terus memberi inspirasi kepada industri kreatif terkemuka merentasi dunia seni, fesyen, filem, muzik, cetakan dan budaya pop.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, SANDRO dan SMILEY menjalinkan kerjasama kreatif untuk setiap tahun. Dan sebagai tanda meraikan ulang tahun yang cukup istimewa ini, SANDRO telah mereka koleksi kapsul yang ikonik untuk lelaki dan wanita, merangkumi kemeja T jersi ‘No Bad Day with Smiley’ dan ‘A Smile’, yang dicadangkan gaya ideal kala bergaya kasual. Dilengkapi dengan aksesori kecil seperti sepasang stokin yang dihiasi logo Smiley.
Rekaan lelaki, terdapat helaian yang dihiasi cetakan sarat Smiley, misalnya pada hoodie, kemeja lengan pendek dan kemeja T. Dua lagi helaian hoodie, baju T dan stokin yang menampilkan Smiley pada rekaan warna vintaj. Cukup bergaya jika bergaya kasual, mahupun sekadar mencuba trik gaya ‘mix and match’ mengikut cita rasa tersendiri.
Artikel berkaitan: RESET KARL LAGERFELD UNTUK MUSIM BUNGA/PANAS 2022
Tags
Artikel Yang Berkaitan
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA
Ketahui 5 sambutan September di Malaysia yang bakal memeriahkan bulan ini, daripada Hari Malaysia hingga festival seni, makanan dan budaya.
APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI
Kenali 5 pereka dalaman lokal Malaysia yang mencipta ruang penuh karakter, daripada gaya minimal hingga mewah, moden dan dekat dengan alam.
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
LOCAL BEAUTY: 5 JENAMA SKINCARE MADE IN MALAYSIA
Kenali 5 jenama Malaysian skincare yang semakin mencuri perhatian, daripada Tatagaltier, Kayman Beauty, SkynFyx, Safi hingga Good Virtues Co.
NAZIFI NASRI: MINIMALIS, MODERN, & MADE IN MALAYSIA
Nazifi Nasri tampil dengan gaya minimalis dan moden, bahawa identiti serta bakat tempatan mampu mencipta statement dalam dunia fesyen.















