“SAYA SANGAT SUKA DENGAN MISTIK” – IYZDHAM ANGKIMHWA #GLBLACKWHITESERIES
#GLBlackWhiteSeries bulan ini menampilkan Iyzdham Angkimhwa yang telah mendedahkan aspek-aspek dirinya yang menarik untuk diketahui.
Iyzdham merupakan pempengaruh fesyen yang kian menonjol di media sosial dengan gayanya. Iyzdham juga telah berkongsi bersama GLAM Lelaki tentang sisi-sisi kehidupannya yang mungkin kurang diketahui ramai. Sebagai seorang yang aktif bersukan, Iyzdham juga mendedahkan bagaimana beliau mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.
IYZDHAM ANGKIMHWA #GLBLACKWHITESERIES
1. Huraikan stail dan gaya fesyen anda dalam tiga perkataan?
Sofistikated, klasik and minimalis.
2. Apakah rutin ‘workout’ anda apabila ke gim?
Saya suka melakukan senaman berasaskan push, pull dan kaki. Saya mengamalkan rutin ini sebanyak tiga ke empat kali seminggu. Kebiasaannya, saya akan fokus kepada senaman bahagian atas badan dan matlamat saya adalah untuk kelihatan fit dan sihat.
3. Apakah aktiviti atau perkara yang anda lakukan untuk bersantai di hujung minggu?
Kebiasaannya, saya akan duduk di rumah bersama ibu bapa. Kami sering menonton Netflix atau saya akan meluangkan masa bersama rakan-rakan. Saya juga gemar bermain boling bersama adik-beradik saya!
4. Apakah tips anda untuk kulit wajah yang berseri?
Jangan pernah keluar rumah tanpa menggunakan pelindung matahari dan pelembap. Kedua-dua ini adalah keperluan harian saya. Tidak kira betapa penatnya saya, saya tidak akan melepaskan rutin pagi dan malam. Saya sentiasa memastikan muka saya lembap.
5. Obsesi anda saat ini?
Buat masa sekarang, saya sangat obses dengan melancong. Saya banyak mencuri peluang yang ada untuk melancong ke negara-negara dan meneroka budaya baru. Bagi saya, melancong mematangkan saya dari segi mental dan membuka mata saya untuk melihat dengan lebih luas. Banyak lagi negara dalam senarai impian yang saya harap dapat lawati suatu hari nanti!
6. Fakta menarik tentang anda yang semua orang tidak tahu?
Satu fakta menarik tentang saya yang semua orang tidak tahu ialah saya sangat suka dengan mistik. Semua yang berkaitan dengan mistik atau cerita seram selalu membuat saya teruja. Saya selalu memilih untuk menonton filem seram daripada yang lain. Saya suka akan keseronokan itu! Tentu saja, saya mempunyai pengalaman dengan semua ini. Tetapi itu adalah perbincangan yang lain!
7. Siapakah idola anda sebagai panduan kejayaan?
Idola saya sebagai panduan kejayaan semestinya ayah saya sendiri. Ayah saya tidak pernah sekali pun mengeluh dalam membesarkan dan mendidik diri saya untuk menjadi figura seorang anak lelaki yang matang. Dia sering berpesan bahawa “kejayaan akan hadir apabila seseorang itu tidak putus usaha, sentiasa berdoa dan tawakkal kepada Allah SWT.”
Dia juga banyak mengajar dan membentuk jati diri saya dalam menjadi seorang lelaki yang berakhlak dan mempunyai hala tuju kehidupan yang jelas.
8. Rancangan terbesar anda pada tahun ini?
Niat saya pada tahun ini, jika diberi peluang adalah untuk menceburi bidang lakonan. Doakan saya supaya impian saya menjadi kenyataan!
Baca lebih lanjut: “SAYA AKAN MEMILIH ERNIE ZAKRI” – RIZAL RASID #GLBLACKWHITESERIES
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KEMBARA KECERGASAN LUMINOX BERSAMA GL GANG, IYZDHAM ANGKIMHWA
Luminox meraikan ulang tahun ke-35 dengan memperkenalkan tiga jam tangan Luminox 35th Anniversary Heritage Collection yang penuh legasi dan fungsi kecergasan terbaik.
“ERTI SEBENAR DI SEBALIK MENJADI SEORANG LELAKI SEJATI” – THOMPSON GOH #GLBLACKWHITESERIES
#GLBlackWhiteSeries pilihan GLAM Lelaki bulan ini mempersembahkan Thompson Goh yang merupakan salah seorang barisan pelakon utama Kahar Kapla High Council.
25 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024
Bertemakan “Mismatched Chaos”, GLAM dan GLAM Lelaki menganjurkan parti fesyen tahunan #GLAMXGLAMLELAKIFASHIONPARTY2024 bersama Coach Malaysia di KLoe Hotel KL.
“SAYA AKAN MEMILIH ERNIE ZAKRI” – RIZAL RASID #GLBLACKWHITESERIES
#GLBlackWhiteSeries pilihan GLAM Lelaki menampilkan Rizal Rasid yang berasal dari Brunei, dan kini meluaskan sayapnya di Malaysia.
COACH LANCAR INSTALASI IMERSIF RAMADAN DI PAVILION KL
Musim perayaan ini, Coach melancarkan instalasi imersif Ramadan dengan menampilkan beg tangan Quilted Tabby gergasi untuk pengalaman beli-belah bespoke yang mengujakan.
PENGEMBARAAN MONTBLANC EXPLORER PLATINUM BAHARU DI MALAM ALPHAMEN 2023
Pengembaraan wangian Montblanc diteruskan dengan Explorer Platinum terbaharu yang menjadi pemangkin kepada semangat eksplorasi buat hero Alphamen 2023.