SELEBRITI THAILAND MENDOMINASI BARISAN HADAPAN PARIS FASHION WEEK 2026
Paris Fashion Week 2026 kini menyaksikan pengaruh baharu dari Asia Tenggara apabila selebriti Thailand menjadi wajah penting di acara fesyen global.
Paris Fashion Week sentiasa menjadi pentas utama bagi industri fesyen global. Bukan sahaja untuk koleksi terbaharu yang dipersembahkan di runway, tetapi juga untuk barisan tetamu selebriti yang memenuhi front row Paris Fashion Week 2026 . Musim ini, perhatian jelas tertumpu kepada selebriti dari Thailand yang semakin mendominasi kehadiran di acara jenama mewah terkemuka dunia.
Lingling Kwong dan Orm Kornnaphat
Antara yang mencuri tumpuan ialah Lingling Kwong dan Orm Kornnaphat yang hadir bersama di pertunjukan Dior Autumn/Winter 2026 yang berlangsung di Jardin des Tuileries, Paris. Kehadiran mereka menambahkan lagi momentum pengaruh selebriti Thailand dalam dunia fesyen antarabangsa, terutamanya apabila jenama mewah semakin memberi perhatian kepada pasaran Asia.
Win Metawin
Sementara itu, pelakon dan penyanyi popular Win Metawin turut dilihat menghadiri pertunjukan Acne Studios bagi koleksi Fall/Winter 2026. Win sebelum ini telah lama menjadi wajah penting dalam dunia fesyen global, sering dijemput ke acara rumah fesyen utama dan bekerjasama dengan beberapa jenama mewah sebagai duta atau tetamu khas.
PP Krit & Ju Yeon
Nama lain yang tidak kurang mendapat perhatian ialah PP Krit. Dia yang tampil bergaya dalam helaian daripada koleksi Summer 2026 oleh Balenciaga ketika berada di Paris menjelang pertunjukan Balenciaga Winter 26 bertajuk Clair Obscur. PP Krit juga dilihat bersama pelakon Korea Ju Yeon di acara yang sama. Sekali gus mencipta momen ikonik yang menjadi perbualan dalam kalangan peminat fesyen di media sosial.
Gemini
Di pertunjukan Chanel Autumn/Winter 2026 pula, pelakon muda Gemini Norawit hadir dalam penampilan minimalis serba hitam. Gemini menampilkan estetika elegan dan bersahaja. Gaya yang sering menjadi identiti rumah fesyen Perancis tersebut.
Kehadiran selebriti Thailand di Paris Fashion Week bukanlah kebetulan. Beberapa tahun kebelakangan ini, industri hiburan Thailand telah melahirkan ramai bintang dengan pengaruh digital yang besar di Asia. Platform media sosial serta populariti drama Thailand turut membantu memperluaskan jangkauan mereka kepada audiens antarabangsa. Menjadikan mereka pilihan strategik bagi jenama mewah untuk berhubung dengan generasi pengguna baharu.
Fenomena ini juga mencerminkan perubahan dalam strategi pemasaran industri fesyen global. Rumah fesyen kini semakin memberi perhatian kepada Asia Tenggara sebagai pasaran penting. Kehadiran selebriti Thailand di barisan hadapan runway menjadi simbol bagaimana pengaruh budaya pop serantau mampu mencorakkan landskap fesyen antarabangsa.
Artikel Berkaitan: 7 TREND KASUT LELAKI YANG AKAN MENDOMINASI MUSIM BUNGA 2026
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 TREND KASUT LELAKI YANG AKAN MENDOMINASI MUSIM BUNGA 2026
Trend kasut lelaki musim bunga 2026 memberi fokus kepada keselesaan dan gaya daripada kanvas klasik hingga slip-on anyaman.
JACOB ELORDI ANTARA SELEBRITI PALING BERGAYA 2025
Daripada Wuthering Heights, Jacob Elordi mengukuhkan reputasi sebagai aktor versatil dan ikon gaya lelaki moden 2025.
GRAMMYS 2026, FESYEN LELAKI JADI TUMPUAN
GLAM Lelaki menobatkan lapan lelaki paling bergaya di Grammys 2026. Mereka menetapkan standard baru untuk ekspresi sartorial karpet merah.
DIOR JETT, BEG BAHARU FOKUS DIOR UNTUK MUSIM BUNGA 2026
Dior Jett, siluet baharu antara warisan dan kemodenan. Beg musim baharu yang patut dimiliki. Terdapat dua rekaan sebagai pilihan peribadi.
ELEGAN, MASKULIN DAN ‘FRESH’: 3 HARUMAN CHANEL PILIHAN LELAKI BERKELAS
Bleu de Chanel, Allure Homme Sport Superleggera & L’Exclusif. Ketahui aroma, personaliti dan gaya pemakaian
5 PENGARAH KREATIF FESYEN YANG PALING MENJADI BUALAN SEPANJANG 2025
5 pengarah kreatif ini mendominasi perbualan fesyen 2025 dari debut koleksi fenomenal hingga hala tuju baharu untuk rumah fesyen legenda.











