SENI ‘RE-LOVING’ KOLEKSI MUSIM BUNGA 2025 COACH
Dilancarkan di Spur, High Line Kota sibuk New York, Coach melancarkan koleksi Musim Bunga 2025 dengan visi baru.
Visi pengarah kreatif mereka, Stuart Vevers ialah untuk menekankan daya tarik keperibadian dan ekspresi diri. Dia juga ingin menawarkan tafsiran baru tentang definisi kemewahan. Seni “re-loving,” atau bayangan semula akhir hayat juga ditonjolkan di atas pentas runway tersebut. Seluar denim, skirt moto, dan jaket aviator dihasilkan dari pakaian pasca pengguna yang direka semula dengan cara yang kaya dengan sejarah kesenian. Vevers mengembangkan lagi program (Re)Loved Coach yang popular. Program ini fokus kepada pemulihan dan penjualan semula potongan vintage Coach.

Koleksi ini juga memaparkan T-shirt grafik dengan tafsiran ceria tentang ikon pop dan rock ‘n’ roll New York yang dilapisi di bawah jaket moto. Pilihan T-shirt putih yang disulam dan dihiasi dengan kata-kata dan frasa buatan tangan memberi estetik DIY punk. Koleksi ini juga memperkenalkan konsep baru untuk jaket cardigan dalam kulit dan suede kitar semula. Variasi baru pada jaket tuxedo dan seluar gaya pijama yang kali ini dilipat dan pudar untuk menambah karakter.

Koleksi Musim Bunga 2025 menandakan pelancaran Chain Tabby 26, tafsiran baru bagi beg ikonik Tabby Coach. Dihasilkan daripada kulit lembut dan tersedia dalam pelbagai warna, beg baru ini dilengkapi dengan tali rantai metalik yang terinspirasi oleh leathercraft. Koleksi ini juga memaparkan variasi baru bagi beg Frame yang dilancarkan pada musim sejuk lalu. Bentuk Portfolio yang diinspirasikan oleh pakaian lelaki, dan beg galas bersaiz besar menerapkan perkakasan Frame ikonik Coach. Beg keluarga Shape beg yang popular dalam bentuk hati, bintang, dan dinosaur juga ada.

Tetamu Coach Memeriahkan Acara
Tetamu khas termasuk bintang kempen baru Coach “Unlock Your Courage” seperti Youngji Lee, Charles Melton, Storm Reid, dan Jayson Tatum. Selain itu, selebriti Amerika Kathryn Newton, selebriti Thai Nanon dan MILLI, kumpulan gadis global KATSEYE. Selebriti Malaysia, Alvin Chong dan Eyka Farhana juga membuat kemunculan istimewa.

MILLI, Nanon Korapat

Kathryn Newton

Jayson Tatum

Storm Reid, Charles Melton

KATSEYE

Lee Young-ji

Eyka Farhana, Alvin Chong
Tags
Artikel Yang Berkaitan
9 PELAKON MALAYSIA YANG MULA BERLAKON SEJAK KECIL
Industri lakonan Malaysia telah dihiburkan dengan gelagat dan lakonan licik dari pelakon-pelakon malaysia sejak mereka kecil lagi
5 KASUT MESTI ADA BULAN DISEMBER INI
Bulan Disember merupakan bulan terbaik untuk membeli-belah kasut baharu sebagai persediaan gaya buat tahun hadapan.
6 ARTIS WANITA YANG BERKAHWIN PADA TAHUN 2025
Barisan artis wanita melakar detik indah pada tahun 2025 apabila memilih untuk berkahwin dengan jejaka pilihan hati mereka.
PESONA PERAYAAN, SENTUHAN KOLEKSI COACH HOLIDAY 2025
Koleksi Coach Holiday Gift Guide 2025 hadir dengan seleksi yang mewah dan diperkaya dengan sentuhan kraf New York yang begitu ikonik.
GL PICKS: 10 PILIHAN BEG LELAKI MINIMAL RINGKAS, REFINED & SENTIASA ON POINT
Senarai 10 beg lelaki minimal 2025, menampilkan jenama mewah seperti Loewe, Prada, LV dan Gucci dalam warna paling trend.
THE COACH RESTAURANT SINGAPORE: GAYA HIDUP MEWAH DI JEWEL CHANGI AIRPORT
Terokai The Coach Restaurant Singapore menyatukan fesyen, seni kulinari dan gaya hidup mewah di Jewel Changi Airport.











