Skip to content

SENTUHAN GIGI HADID DALAM KEMPEN ZAYN X VERSUS VERSACE

Kongsikan artikel ini

Wow, siapa menyangka Gigi Hadid bukan saja handal di pentas peragaan namun memiliki bakat dan mata seorang jurugambar yang handal. Ini terbukti apabila Gigi Hadid menangkap sendiri gambar teman lelakinya, Zayn Malik untuk kempen terbaru Versus Versace.

Turut terlibat dalam kempen iklan spring-summer 2017 ini adalah model Adwoa Aboah. Menampilkan gaya dan attitude rock, Zayn dilihat menyarungkan pelbagai persalinan seperti jaket kulit, denim pudar dan lain-lain lagi.

Bercakap mengenai kempen ini, Zayn Malik berkongsi, “Bekerja bersama Versus adalah satu ‘kegilaan’ yang menyeronokkan. Tambah menyeronokkan lagi apabila Gigi yang mengambil gambar untuk kempen ini. Saya tidak sabar untuk lancarkan koleksi ini sekitar Jun nanti’.

Donatella Versace juga turut menyebut, “Kempen Versus ini menampilkan segalanya yang menarik tentang Zayn, Gigi dan Adwoa. Mereka adalah definisi generasi muda zaman kini jujur, bertenaga dan kasih sayang”.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 10 Mac 2017

 

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BAYU SOMERSET merdeka 118

DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118

Bacaan Lanjut

KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN

Bacaan Lanjut

SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut

PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN

Bacaan Lanjut
SEDANG MENCARI LAST-MINUTE HALLOWEEN OUTFIT? WE GOT YOU!

SEDANG MENCARI LAST-MINUTE HALLOWEEN OUTFIT? WE GOT YOU!

Bacaan Lanjut

DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN

Bacaan Lanjut