Skip to content

Sisley Malaysia

SISLEY BUKA STOR FLAGSHIP PERTAMA DI MALAYSIA

Kongsikan artikel ini

Label fesyen Itali, Sisley melancarkan stor flagship pertama di Malaysia yang terletak di Pavilion Kuala Lumpur.

Sisley kini tiba di Kuala Lumpur. Label fesyen Itali ini melancarkan pembukaan stor flagship pertama di Malaysia yang terletak di pusat beli-belah popular, Pavilion Kuala Lumpur. Stor dengan keluasan 1110 kaki persegi ini menampilkan koleksi pakaian dan aksesori terkini buat lelaki dan juga wanita.

Sisley

Dibawakan oleh Al-Futtaim Group, Sisley terkenal dengan rekaan yang sentiasa mengikut trend semasa, dalam menggabungkan inspirasi fesyen global Bersama cita rasa individual. Dari variasi koleksi sporty ke kasual, jenama fesyen ini juga banyak menyediakan seleksi pakaian formal dan semi-formal yang bergaya dan sofistikated untuk digayakan ke pejabat dan sepanjang hari.

Koleksi Terbaharu Sisley Yang Menampilkan Vibe Cool

Sisley Malaysia

Intipati koleksi terbaharu kali ini membawakan gaya yang mencuri perhatian, bold, vibe cool dan stail yang penuh keyakinan. Selain mengikuti trend semasa, ia juga focus kepada stail peribadi yang harmoni dalam sisi kontemporari dan urban. Ia turut mementingkan kualiti dan potongan baju yang lebih sempurna.

Untuk koleksi lelaki, Sisley menampilkan gaya maskulin yang menginterpretasi gerobok Itali yang klasik. Dari jaket single breasted kepada kot yang well-made serta kemeja dengan perincian jahitan. Himpunan ringkas yang menitik beratkan pada kualiti, ia menjanjikan keselesaan yang penuh karakter.

Dari segi pemilihan warna pula, koleksi kali ini banyak bermain dengan ton neutral seperti ochre, coklat unta, putih, hitam, kelabu dan biru muda. Dari kemeja denim kepada jaket biker, himpunan musim ini menyuntik tarikan yang timeless serta ritma indie rock era 2000 seperti kumpulan muzik Britain dan Amerika Syarikat.

Segar, ringkas dan penuh personaliti, elemen-elemen ini boleh disaksikan pada seleksi pakaian seperti jaket kulit eko, kot saddle, seluar tapred jogger, sut dengan potongan relaks dan jaket bomber yang santai. Juga terdapat koleksi baju knitwear yang lebih understated, bersama baju turtleneck dan baju lengan panjang yang selesa.

Sisley Malaysia

Buat peminat fesyen Eropah, himpunan terbaharu Sisley sudah boleh didapati di stor flagship pertama yang terletak di Pavilion Kuala Lumpur. Ia juga boleh didapati secara atas talian melalui Zalora dan Lazada.

 

Baca lebih lanjut: 10 GAYA FESYEN PP KRIT PILIHAN GLAM LELAKI

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BAG CHARM UNTUK LELAKI? TREND YANG KIAN POPULAR DALAM MENSWEAR

BAG CHARM UNTUK LELAKI? TREND YANG KIAN POPULAR DALAM MENSWEAR

Bacaan Lanjut
BOLA SEPAK + FESYEN? KETAHUI TAS TANGAN YANG DIGAYAKAN OLEH PEMAIN BOLA SEPAK FIFA WORLD CUP 2026

BOLA SEPAK + FESYEN? KETAHUI TAS TANGAN YANG DIGAYAKAN OLEH PEMAIN BOLA SEPAK FIFA WORLD CUP 2026

Bacaan Lanjut
MEN'S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN 'FRONT ROW'

MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’

Bacaan Lanjut

BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut

MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU

Bacaan Lanjut
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

Bacaan Lanjut