Skip to content

5 SNEAKER TRENDY PILIHAN GLAM LELAKI

Kongsikan artikel ini

New year, new sneaker! Buat sneakerhead di luar sana, pasti anda tidak akan terlepas dari mengikut peredaran masa untuk trend sneaker baharu.

Permulaan tahun baru sentiasa menawarkan kita perasaan optimis dan pembaharuan. Kadangkala, sneaker baharu boleh membuatkan anda berasa seperti orang baharu. Tetapi bermula dengan satu soalan, apakah sneaker yang bergaya pada masa kini tanpa kelihatan too mainstream?

GLAM Lelaki berpendapat bahawa trend sneaker lelaki buat tahun 2024 memerlukan keselesaan tanpa mengorbankan fashion-forward aesthetic. Untuk itu, kami tidak sabar-sabar untuk menyenaraikan beberapa trend sneaker lelaki untuk tahun 2024. Daripada bahan teknikal hingga ciri yang menonjol, sneaker terbaharu untuk kasut lelaki mendapat tempat di almari anda tahun ini.

INI 5 SNEAKER TRENDY BUAT TAHUN 2024

Di bawah, ini ialah 5 sneaker terbaik yang perlu anda ketahui.

1. FENDI MATCH LOW TOP SNEAKER

Logo double-F yang ikonik membuat penampilan low-key pada set kasut yang diilhamkan oleh court-inspired dalam dua tona yang timbul dengan huruf logo. Lapisan kain terry menambah keselesaan untuk dipadankan dengan rupa.

2. SALOMON ACS PRO

Sneakers Salomon yang breathable mempunyai variasi pilihan warna dengan aksen perak metalik berkilat. Salomon ACS Pro merupakan kasut teknikal dengan peningkatan fungsi dalam bentuk Agile Chassis System yang menstabilkan larian, menampilkan keselesaan dan gaya untuk setiap hari.

3. AIMÉ LEON DORE X NEW BALANCE

Aimé Leon Dore x New Balance 860v2 ‘Green’ memberikan persembahan Teddy Santis’ pada pelari berprestasi yang mula-mula muncul pada tahun 2012. Mesh berwarna krim digunakan pada bahagian atas, diperkaya dengan tindanan sintetik dalam perak dan tan. Aksen hijau hutan menuju ke lapisan dalaman, logo ‘N’ dan panel sukuan mesh. Siluet retro pada tapak tengah N-ergy, dilengkapi dengan kusyen tumit ABZORB dan diperkukuh oleh tapak luar getah yang tahan lasak.

4. NIKE ZOOM VOMERO 5

Reka bentuk berlapis yang kaya termasuk tekstil, suede sintetik dan aksen plastik yang digabungkan untuk menjadikan salah satu kasut paling hebat pada musim ini. Palet neutral menjadikannya kasut yang sesuai dengan almari pakaian anda.

5. GOLA CLASSICS MEN’S HARRIER SUEDE TRAINERS

Gola Harrier pada asalnya dicipta pada tahun 1968 dan sesuai untuk pelbagai jenis sukan dan mudah dipadankan dengan daily outfit anda. Sejak pelancarannya, Gola Harrier trainer telah dihasilkan dalam lebih 200 kombinasi warna yang berbeza dan hari ini merupakan salah satu reka bentuk Gola trainer yang paling disukai.

 

Baca lebih lanjut: 10 KASUT PUTIH MELENGKAPI LANGKAH LAGAK ALFA

By Zahirah Zulkhairi
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

fesyen Gulf Kanawut

5 GAYA FESYEN TERBAIK GULF KANAWUT PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
PP Krit

10 GAYA FESYEN PP KRIT PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

STOR NEW BALANCE ERA BAHARU KINI DIBUKA DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut

5 TREND SNEAKER LELAKI PALING POPULAR 2023

Bacaan Lanjut

5 TIP BERGAYA DENGAN KASUT KULIT LELAKI

Bacaan Lanjut

FELIX STRAY KIDS DAN SHO HIRANO ANTARA YANG MENGHADIRI LOUIS VUITTON MEN PRE-FALL 2024 DI HONG KONG

Bacaan Lanjut