SPIRIT ELEGAN CD DIAMOND
KIM JONES MENYEMAK ARKIB DIOR UNTUK MENCARI INSPIRASI DAN MENEMUI LOGO CD DIAMOND (REKAAN MARC BOHAN). MENGINOVASI SEMULA LOGO CD DIAMOND SETERUSNYA DITAMPILKAN PADA HIMPUNAN CD DIAMOND DEDIKASI MUSIM PANAS 2022. PESONANYA MEMIKAT, BERPADU NADA GAYA YANG MODEN LALU MENGUNGKAPKAN IDEA AKSESORI YANG DINAMIK.
Satu koleksi yang mengungkapkan ‘statement’. Sempena musim ini, Dior mengambil motif yang direka oleh Marc Bohan untuk Dior pada tahun 1974. Direka penuh inspirasi yang dilakukan di bengkel Dior di Itali. Proses bermula dengan lakaran menggunakan tangan, huruf “CD: kemudiannya dipersembahkan dalam corak menyeluruh-mengikut teknik saringan sutera di atas kain kapas.

Menaruhkan tiga warna sebagai alternatif gaya yakni kelabu, hitam dan ‘coffee’- toile dipotong untuk menghiasi pelbagai aksesori kulit Dior, seperti beg Saddle yang menjadi kegemaran para lelaki, beg galas Dior Hit the Road dan beg bimbit Dior Lock.
Logo berlian asimetri turut ditampilkan sebagai corak jacquard pada helaian baju kait, serta cetakan pada sniker dan rangkaian pakaian sedia pakaian yang lain
Koleksi yang menyatukan nafas elegan dan sporty. Menyemati semangat mewah Dior, koleksi baharu ini nyata menonjolkan ketukangan dan kecemerlangan rumah fesyen Dior. Menyedia opsyen gaya street wear buat lelaki generasi masa kini.


Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANAABU, MINIMALIS TAPI BERKARAKTER
ANAABU mengangkat gaya minimalis lelaki dengan rekaan ringkas, moden dan penuh karakter untuk penampilan yang lebih versatil.
PERSONALITI YANG HADIR KE KONSERT AFTER HOURS TIL DAWN KL!
Lihatkan sorotan personaliti yang turut hadir ke konsert After Hours Til Dawn KL sebagai starboy dan stargirl!
PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN
PARK JI HOON X SUPERDRY memperkenalkan koleksi edisi terhad di Malaysia, menggabungkan fesyen jalanan dengan pengalaman buat peminat.
SEDANG MENCARI LAST-MINUTE HALLOWEEN OUTFIT? WE GOT YOU!
Sedang mencari last-minute outfit untuk Halloween? We got you!
DORM GL: DIANTARA PERSONA FANTASI DAN REALITI NIK RIFAIE
Istimewa untuk GLAM Lelaki, barisan pelakon Dorm 403 disatukan semula untuk berkongsi cerita, kenangan dan jangkaan terhadap apa yang bakal hadir selepas ini. Bersama Nik Rifaie dan barisan pelakon Dorm 403, menyingkap sisi mereka yang lebih peribadi dan jujur.
DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR
Istimewa untuk GLAM Lelaki, barisan pelakon Dorm 403 disatukan semula untuk berkongsi cerita, kenangan dan jangkaan terhadap apa yang bakal hadir selepas ini. Bersama Muaz Zabir dan barisan pelakon Dorm 403, menyingkap sisi mereka yang lebih peribadi dan jujur.

















