STATEMENT BELT + SAGGING KINI JADI GAYA KEGEMARAN GEN Z
Cara untuk kenali Gen Z di jalanan? Statement belt dan sagging pants, trend terkini buat Gen Z. Yes, we’re calling CORTIS and LNGSHOT out.
Dunia fesyen sentiasa berputar, dan apa yang dahulunya dianggap kontroversi kini kembali menjadi simbol gaya. Antara trend yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan Gen Z ketika ini ialah statement belt dan gaya sagging. Kombinasi yang berani, edgy dan sarat dengan elemen streetwear. Jika satu ketika dahulu tali pinggang hanya dianggap sebagai aksesori praktikal untuk menahan seluar, kini ia mengambil peranan lebih besar sebagai item utama yang mampu menyerlahkan keseluruhan penampilan. Dalam masa sama, gaya sagging atau pemakaian seluar sedikit rendah daripada pinggang kembali mencuri perhatian di jalanan, media sosial dan pentas fesyen.
Statement Belt Bukan Sekadar Aksesori
Gen Z melihat aksesori sebagai medium ekspresi diri, dan statement belt menjadi salah satu item yang paling menonjol. Daripada buckle bersaiz besar, perincian metalik, logo mewah hinggalah rekaan kulit yang unik, tali pinggang kini menjadi focal point dalam sesuatu outfit.

Jenama mewah seperti Versace, Vivienne Westwood dan Diesel juga banyak menampilkan belt sebagai hero piece dalam koleksi terkini mereka. Trend ini kemudiannya diterjemahkan ke dalam gaya harian oleh generasi muda dengan sentuhan yang lebih kasual dan playful. Bagi Gen Z, tali pinggang yang menonjol bukan sekadar pelengkap, tetapi “statement” yang menggambarkan personaliti. Sama ada minimal, rebellious atau avant-garde.
Kembalinya Budaya Sagging
Gaya sagging mula mendapat populariti menerusi pemuzik hip-hop sekitar era 1990-an, sebelum berkembang menjadi salah satu simbol penting dalam budaya streetwear. Sering dikatakan bahawa trend ini berasal daripada sistem penjara di United States, di mana tali pinggang dilarang bagi mengelakkan ia digunakan untuk mencederakan diri. Pada masa sama, pakaian yang dibekalkan juga lazimnya bersaiz besar, sekali gus menyebabkan seluar dipakai dalam keadaan sedikit melorot.
Gaya ini turut dikatakan mempunyai kaitan yang cukup rapat dengan budaya African American serta dunia hip-hop. Di sebalik estetikanya yang bold dan rebellious, trend ini sebenarnya memiliki sejarah yang kompleks. Daripada simbol dehumanisasi yang dipaksakan kepada satu bentuk ekspresi identiti dalam kalangan anak muda urban.
Kini, Gen Z memberi nafas baharu kepada gaya ini dengan pendekatan yang lebih moden. Trend ini cukup kontroversi. Ada yang menganggap ia sebagai ‘keterlaluan’, ada juga yang embrace trend ini di dalam kehidupan mereka. I mean, fashion is all about expressing right?

Sumber: CORTIS
Sagging versi 2026 tidak semestinya ekstrem. Sebaliknya, ramai memilih gaya seluar low-waist atau loose-fit jeans yang dipakai sedikit rendah untuk menampakkan waistband boxer atau belt yang digunakan. Siluet ini memberi aura effortless yang sinonim dengan budaya streetwear masa kini. Selebriti Gen Z seperti CORTIS, LNGSHOT, Mierul Aiman serta Tenxi antara yang seringkali menggayakan gaya sagging. As they said, it’s a culture.

Sumber: LNGSHOT
Woojin daripada LNGSHOT turut menyatakan bahawa, “Sagging bukanlah sesuatu yang mudah, ia boleh menyebabkan pinggang terasa sakit.” Jadi, seperti yang dikongsikannya, trend ini sebenarnya tidak semudah yang dilihat oleh ramai orang, mungkin.
Kenapa Gen Z Suka Trend Ini?
Jawapannya mudah: individuality.
Gen Z sangat menghargai kebebasan berekspresi melalui fesyen. Mereka tidak terlalu terikat dengan peraturan gaya lama seperti “seluar mesti dipakai kemas di pinggang” atau “aksesori perlu subtle.” Sebaliknya, mereka lebih gemar mencipta look yang unik, sedikit rebellious dan mampu menarik perhatian. Statement belt dan sagging menawarkan elemen tersebut. Ada unsur nostalgia Y2K, ada sentuhan streetwear moden, dan ada keberanian untuk tampil berbeza.
Trend ini juga selari dengan kebangkitan estetika seperti Y2K, grunge dan skater fashion yang semakin kuat dalam budaya Gen Z.
Cara Menggayakan Trend Statement Belt + Sagging
Jika anda mahu mencuba trend ini tanpa kelihatan berlebihan, mulakan dengan langkah mudah:
- Padankan loose jeans dengan belt yang mempunyai buckle unik
- Biarkan sedikit waistband innerwear kelihatan untuk efek layering
- Gabungkan dengan oversized tee atau cropped jacket
- Pilih sneakers chunky atau boots untuk melengkapkan look
Kuncinya ialah keseimbangan. Anda tidak perlu tampil terlalu ekstrem untuk menghidupkan trend ini.
Hakikatnya, statement belt dan sagging membuktikan bahawa fesyen sentiasa berkembang mengikut generasi. Bagi Gen Z, gaya bukan lagi sekadar mengikut trend, tetapi tentang bagaimana mereka menterjemahkan identiti sendiri melalui pakaian. Dan nampaknya, dalam era fesyen hari ini, kadangkala tali pinggang dan cara anda memakai seluar sudah cukup untuk membuat satu statement besar.
Pautan berkaitan: CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TRIVIA: TOO PHAT, PERINTIS INDUSTRI MUZIK HIP-HOP
Too Phat adalah duo hip-hop Malaysia yang terdiri daripada Joe Flizzow dan Malique Ibrahim. Dibentuk pada akhir era 1990-an, mereka menjadi perintis dalam industri muzik hip-hop tempatan dan berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Joe Flizzow dan Malique pertama kali bertemu dalam kumpulan sembang hip-hop pada tahun 1998. Mereka, bersama Kevin Felix @ Doctah’K, membentuk trio muzik…
KENDRICK LAMAR BAKAL MENGEGARKAN PENTAS SUPER BOWL LIX HALFTIME
Kendrick Lamar akan menjanjikan persembahan ikonik dan bakal mencipta sejarah dalam dunia muzik dan budaya.
THIS IS JOHAN LIVE IN CONCERT: JOE FLIZZOW BAKAL TAMPILKAN KELAINAN
Lebih sedekad menceburi industri hiburan, Joe Flizzow terus mara ke hadapan dengan menganjurkan konsert solo pertama.
16 BARIS RAIH PUJIAN BINTANG RAP ANTARABANGSA, SNOOP DOGG
Siapa menyangka sebuah rancangan hip-hop yang ditayangkan di YouTube sejak beberapa tahun lalu berjaya menarik perhatian penyanyi rap terkenal, Snoop Dogg.
T-PAIN AKUI MENGHIDAP DEPRESI BERTAHUN-TAHUN DISEBABKAN USHER
Jelas T-Pain, dia tidak menyimpan dendam apatah lagi membenci penyanyi itu, “Saya tetap menyayangi dan menghormatinya.”
CIAO, JOE FLIZZOW TRENDING DI TWITTER
Ciao menyaksikan kolaborasi hebat antara Joe Flizzow, MK K-Clique dan penyanyi rap popular Korea Selatan, Jay Park.











