STYLISH BAK GAYA ROMEO BECKHAM DI HARI VALENTINE
Pakaian apa yang patut digayakan untuk temu janji istimewa di Hari Valentine? Amati gaya street style terbaik Romeo Beckham sepanjang masa. Dari pakaian athleisure Balenciaga hingga knitwear JW Anderson, GLAM Lelaki mengimbas kembali pilihan outfit terbaik model ini hingga kini.
Tidak ramai yang boleh melangkah ke pentas peragaan dengan kacamata hitam wraparound, kemeja polo berjalur ala Fred Perry, dan jeans barrel low-rise, lalu menjadikannya fesyen. Gaya jalanan yang ditampilkan oleh Romeo adalah gaya yang lelaki masa kini perlukan. Padananya agak ringkas namun ia memberikan sense yang menarik, oleh itu tidak hairan kenapa lensa paparazi sentiasa memburu figura muda ini dan jelas sekali Romeo menyukai perhatian yang diberikan.

Gaya Romeo Beckham adalah gabungan keyakinan yang diwarisi. Kemeja bola sepak vintaj, potongan tailoring yang santai, knitwear oversized, dan sentuhan mutiara menjadi asas kepada almari pakaiannya, yang jelas mendapat inspirasi daripada kepekaan fesyen ibu bapanya. Ibunya, Victoria adalah salah seorang tokoh perintis fesyen dan bapanya, David ialah wajah rumah fesyen BOSS, maka tidak hairanlah bagaimana dia mulai mencintai fesyen. Berusia 22 tahun jelas mewarisi minat yang sama dipelopori orang tuanya dan dia mengolah dengan nafas yang lebih segar. Maka atas alasan itulah, Balenciaga turut menyuntingnya untuk menghiasi wajah kempen.

Pada usia 22 tahun, Romeo adalah gabungan sempurna antara selera eksklusif tailoring Victoria Beckham di era 90-an dan gaya sports-luxe santai David. Dia dibesarkan dalam sebuah rumah di mana fesyen adalah penting. Memandangkan bapanya terkenal dengan penampilan ikonik tidak menghairankan jika Romeo dan estetikanya yang dikurasi dengan teliti sentiasa mencuri perhatian
Pautan Berkaitan: ALL EYES ON ROMEO BECKHAM PLEASE!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
6 PERSONALITI DENGAN KERJAYA DAN GAYA HIDUP YANG ‘CEMERLANG’
Enam personaliti dengan kerjaya hebat dan gaya hidup sihat. Mereka buktikan disiplin diri dan keseimbangan hidup tunjang kejayaan mereka.
GAYA SELEBRITI DI KLFW 25: HIT OR MISS?
Lihat himpunan gaya selebriti di KLFW 2025 dari busana memukau hingga eksperimen fesyen berani. Hit atau miss? Kami ulas semuanya di sini.
KOLEKSI PELENGKAP MUSIM PANAS BC BEACH CULTURE DARI BERNARD CHANDRAN
Koleksi musim bunga/panas 2026 Bernard Chandran, BC Beach Culture memberi gabungan kreatif di KL Men's Fashion Week tahun ini.
7 GAYA FESYEN IKONIK AWAL ASHAARI
Gaya fesyen Awal Ashaari cukup ikonik menjadikannya salah seorang selebriti lelaki Malaysia yang cukup versatil dari segi fesyen dan lakonan.
5 GAYA FESYEN NABIL AHMAD
Nabil Ahmad bukan sahaja dikenali sebagai pengacara berbakat dan pelawak versatil, tetapi juga dengan gaya uniknya.











