STYLISH SAAT MUSIM PERAYAAN DENGAN CALVIN KLEIN
Pengarah Kreatif: Khairul Abidin, Pengarang Fesyen & Arahan Kreatif: Johan Kassim, Solekan: Shiyoo Jo, Rambut: Ckay Liaw, Gambar & Video: Chee Wei
KOLEKSI CALVIN KLEIN ADALAH ALTERNATIF GAYA TERBAIK UNTUK TAMPIL STYLISH BAHKAN RELEVAN MEMASUKI MUSIM PERAYAAN. SEMAK GAYA MEERQEEN BERSAMA ANNA JOBLING DALAM KOLEKSI TERKINI CALVIN KLEIN.
Setiap individu sudah pasti ingin tampil prima di momen-momen istimewa, tak terkecuali pada musim perayaan. Dan tak dapat dinafikan, penampilan di musim perayaan kerap dikaitkan dengan pemakaian konvensional. Mengapa harus tampil seragam atau yang bukan pilihan sendiri?
Apa kata menjelang musim perayaan nanti, serlahkan ekspresi gaya dan selera peribadi anda? Setelah sakan bergaya dalam koleksi raya yang konvensional, bertukar pula sesuatu yang lebih nyaman. Mungkin selepas sambutan hari kedua atau ketiga dan seterusnya, kenakan pula koleksi Calvin Klein seperti pameran gaya Meerqeen dan Anna Jobling yang berikut.
Jika dahulu pakaian yang sifatnya ‘lifestyle’ atau ‘streetwear’ hanya dilihat dari segi material dan fungsi, kini item tersebut juga bertindak sebagai alternatif pakaian sehari-hari sekaligus menawarkan rekaan yang stylish.
Calvin Klein adalah salah satu label yang memahami kehendak para pemilik gaya hidup yang aktif juga utamakan aspek fesyen. Maka itu, koleksi yang digayakan dua pelakon baru ini, mendukung konsep kontemporari dan minimal, setiap koleksinya akan mempersembahkan rekaan yang dapat melengkapi gaya para pencinta fesyen terkini. Garis desain moden dan versatil terlihat jelas pada gaya suai padan oleh Meerqeen dan Anna. Denim for the festive season, why not?

Meerqeen dalam persalinan tracksuit rona neon bersama tank top putih. Anna memilih top berhud dengan corak dan celana denim serta beg silang berantai.

Nada nyaman dan atletik pada penggayaan Meerqeen. Tampil dalam tracksuit neon dan tank top putih Calvin Klein.

Kesederhaan adalah kunci gayanya. Tampil effortless dalam top berkolar tinggi hitam dengan padanan skirt kargo Calvin Klein.

Meerqeen dan Anna bergaya sepadan denim. Meerqeen dalam jaket denim, seluar denim, tank top putih dan beg mini Calvin Klein. Anna kelihatan chic dengan paduan jaket denim, shirt dress putih dan topi bucket berlogo Calvin Klein.
Terokai koleksi terbaru Calvin Klein di https://www.calvinklein.com/my/jeans?utm_source=EHI
#mycalvins
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA
Hyrox terus memegang industri senaman global, membuktikan kerelevenannya buat lelaki moden kini.
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA
Ketahui 5 sambutan September di Malaysia yang bakal memeriahkan bulan ini, daripada Hari Malaysia hingga festival seni, makanan dan budaya.











