Skip to content

SUKA DUKA DUNIA CINTA

Kongsikan artikel ini

CARTIER MENYELAMI EMOSI DALAM MELAYARI BAHTERA PERCINTAAN. EKSPLORASI CINTA DIANGKAT SEBAGAI TEMA UTAMA PEMBIKINAN KEMPEN IKLAN CARTIER BERTAJUK ‘HOW FAR WOULD YOU GO FOR LOVE’ DEDIKASI MUSIM BARU. HASIL BIDIKAN PENGARAH BERBAKAT CEDRIC KLAPISCH, TERSEDIA UNTUK TONTONAN UMUM DI TIAP PLATFORM DIGITAL. 

Tepat pada masanya, Cartier melancarkan kempen iklan berkonsep filem pendek, bagi merai hari kekasih Februari nanti. Jalan cerita yang dipaparkan ringkas dan tidak memerlukan banyak pemain filem, namun berupaya menggelorakan rasa cinta yang kuat.

Dan mesej untuk memuliakan yang tersayang sampai dengan berkesan sekali. Tema kempen iklan yakni ‘How Far Would You Go For Love’ langsung menterjemahkan ‘idea gifting’ tahun 2020 untuk Hari Valentine khasnya.

 

‘How Far Would You Go For Love’ mengajak penonton mendasari perjalanan cinta epik sepasang kekasih yang mula menyatu hati pada usia muda. Walaupun banyak kesulitan yang terpaksa dilalui seperti pergaduhan akibat ketidaksefahaman.

Pun begitu, atas dasar cinta yang mendalam, pasangan tersebut kembali untuk melafazkan cinta. Dan turut dimuatkan adegan di mana, si lelaki melamar kekasihnya dengan seutas cincin Cartier untuk berkahwin.

Plot cerita berkembang mengutarakan simbolik cinta mereka dalam satu perjalanan ‘roadtrip‘ ke suatu tempat indah yang masih diselangi adegan bergaduh. Menunjukkan pasangan tersebut mengalami senario yang sama seperti pasangan cinta lain. Meskipun ada pergaduhan tercetus, mereka tetap kembali menyatu. Tak sanggup untuk berpisah. That’s what you will do for love. Pertalian cinta mereka kekal sehingga ke usia tua.

Di samping penerokaan kisah cinta mereka, Cartier melestarikan keunggulan cinta sebagai gifting idea Hari Valentine yang mendatang, hadiah perkahwinan dan sebagainya melalui tampilan aksesori mewah Cartier yang boleh disaksikan sepanjang tontonan. Diiringi oleh rangkaian-rangkaian lain khusus lelaki termasuklah jam tangan dan gelang tangan, menggemilangkan emas buat si lelaki.

By JOHAN KASSIM
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 RESTORAN DI KUALA LUMPUR UNTUK MAKAN MALAM ROMANTIK

Bacaan Lanjut

ABADIKAN SAAT MANIS DENGAN 5 HADIAH ISTIMEWA UNTUK SI DIA

Bacaan Lanjut
“FEEL GOOD TIME” BERSAMA MALEK MCCRONE

“FEEL GOOD TIME” BERSAMA MALEK MCCRONE

Bacaan Lanjut
ADRIEN KENT, CITA RASA FESYEN YANG TERSENDIRI. “SAYA PERCAYA PADA FESYEN ‘DEGENDERING’.”

ADRIEN KENT, CITA RASA FESYEN YANG TERSENDIRI. “SAYA PERCAYA PADA FESYEN ‘DEGENDERING’.”

Bacaan Lanjut
Armani Exchange Singkap Mood Cerita & Penuh Tenaga

Armani Exchange Singkap Mood Cerita & Penuh Tenaga

Bacaan Lanjut
Pertembungan Panthère de Cartier nan Liar 08

Pertembungan Panthère de Cartier nan Liar

Bacaan Lanjut