SUPERSUNDAY BUKTIKAN MASIH BERBISA DI KLFW2023
Jenama streetwear tempatan, SUPERSUNDAY mempersembahkan koleksi ‘The Runway’ yang turut sama memperkenalkan Raffiq Corbin sebagai Pengarah Kreatif Bersama baharu.
Berlokasi di Hotel InterContinental Kuala Lumpur, SUPERSUNDAY telah mempersembahkan sebuah pertunjukan fesyen 27 persalinan yang dinamakan “The Runway”. Sebagai salah satu nama besar di dalam dunia fesyen streetwear di Malaysia, SUPERSUNDAY turut memperkenalkan Pengarah Kreatif Bersama yang baharu, Raffiq Corbin.
Pementasan tersebut telah diadakan di bawah anjuran Kuala Lumpur Fashion Week 2023 (KLFW23). Ia menyaksikan Raffiq Corbin diberikan tanggungjawab kreatif penuh untuk menggalas amanah sebagai Pengarah Kreatif bersama Pengasas serta Pengarah Kreatif SUPERSUNDAY, Zulkifli Salleh. Zulkifli Salleh juga lebih dikenali sebagai Bob.
Berusia 28 tahun dan berasal dari Taman Melati, Kuala Lumpur, Raffiq telah bekerja dengan SUPERSUNDAY sejak Mac 2020. Dia amat meminati gaya fesyen jalanan dan juga merupakan seorang rapper dan penari hip hop yang amat mengambil berat tentang perkembangan industri fesyen di Malaysia serta di luar negara.
“The Runway” Oleh SUPERSUNDAY di KLFW2023
Koleksi “The Runway” adalah bukti minatnya terhadap budaya seni jalanan dan komuniti kreatif dengan idea-idea yang menginspirasikan pelbagai bentuk perubahan dalam industri fesyen dunia. “Pada pendapat saya, fesyen yang tidak dapat mengisi kehendak umum di jalanan terutamanya, mungkin tidak dapat memberikan emosi yang sepatutnya. Cara kita berpakaian merupakan satu cara berhubung dan berkomunikasi. Setiap kali kami lihat sesiapa saja menyarung helaian SUPERSUNDAY di jalanan bukan sahaja di Malaysia malah dinegara lain juga, mengasimilasikan gaya mereka dengan kehidupan harian, ia begitu membanggakan,” kata Raffiq.
Koleksi terbaharu SUPERSUNDAY ini mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan. Sepertimana biasa, koleksi ini menyaksikan kolaborasi di antara SUPERSUNDAY bersama dua jenama lain. Mereka juga mempunyai kelompok peminat yang besar iaitu platform e-sports MPL/Mobile Legends dan jenama pakaian lelaki atau menswear tempatan, Meg KL.
Walaupun Rafiq diberikan tugas utama dalam penghasilan koleksi kali ini. Bob sering memberikan nasihat dan berkongsi tip-tip penting dari pengalamannya sejak terlibat dalam industri fesyen negara demi memastikan koleksi ini dapat disiapkan bagi tujuan KLFW.
Menurut Bob, “Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Raffiq atas perlantikan sebagai Pengarah Kreatif Bersama bagi koleksi SUPERSUNDAY kali ini. Dan juga seterusnya, InsyaAllah. Sebagai peminat tegar jenama ini, Raffiq bukan sahaja pekerja yang amat mengambil berat tentang reputasi jenama. Malah bertindak sebagai jurucakap bagi kami di situasi ketiadaan saya. Walaupun masih muda, dia mempunyai pelbagai idea dan berpengetahuan luas tentang dunia fesyen, bukan sahaja fesyen jalanan. Hubungan rapat Rafiq dengan komuniti muzik hip hop dan cabang seni lain juga menjadikan dia sebagai calon akurat untuk memegang tanggungjawab besar ini. Melihat kepada pertunjukan The Runway sebentar tadi dan sambutan yang diterima, saya rasa pilihan yang dibuat SUPERSUNDAY tepat sekali”.
Bercerita tentang koleksi “The Runway”, Raffiq menjelaskan, “Saya bereksperimen dengan elemen rekaan yang baharu bagi SUPERSUNDAY. Seterusnya mencabar norma-norma fesyen jalanan yang seringkali dilihat. Terdapat persalinan yang lebih ‘fitted’ dan memberikan pemakai kebebasan untuk menggayakan persalinan mereka dari kasual ke situasi lebih formal. Dari segi warna serta inovasi produk juga terdapat beberapa kelainan. Seperti penggunaan aksesori pertahanan diri yang sering dilihat dalam sukan seni martial. Saya ingin memberikan ruang kepada audiens kami untuk lebih berinspirasi dengan koleksi ini”.
“Saya juga ingin mengumumkan bahawa koleksi ini sudah boleh dibeli bertepatan dengan konsep ‘dari pentas peragaan terus ke jalanan’. Selain itu, sebagai salah satu strategi pemasaran jenama, kami sedang dalam proses meningkatkan lagi pengaruh jenama di platforn digital. Samada mainstream ataupun alternatif. Ini amat penting untuk memastikan agar SUPERSUNDAY kekal relevan dan terus menghasilkan koleksi-koleksi hebat di masa akan datang”, kata Raffiq mengakhiri bicara.
Baca lebih lanjut: JENAMA STREETWEAR SETIAP LELAKI PERLU TAHU
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 DETIK TERBAIK SEPANJANG KLFW 2024
GLAM Lelaki akan menyusun lima sorotan terbaik KLFW 2024 sepanjang tujuh hari berlansung dengan fesyen yang penuh kemegahan.
5 KOLEKSI PAKAIAN LELAKI TERBAIK KLFW 2024
Berakhirnya KLFW 2024 pada hari Ahad lalu, kami mengumpulkan lima koleksi pakaian lelaki terbaik yang dihasilkan oleh pereka-pereka berbakat.
CASETIFY LANCAR KOLABORASI BERSAMA JENAMA FESYEN STREETWEAR MALAYSIA, PESTLE & MORTAR CLOTHING
Buat julung kali, CASETiFY mengumumkan kolaborasi pertama bersama jenama fesyen streetwear Malaysia, Pestle & Mortar Clothing untuk menampilkan koleksi aksesori teknologi terkini.
NADHIR NASAR, THE LUCKY STRIKE!
Untuk edisi digital April 2024, GLAM Lelaki menampilkan bintang muda penuh bakat, Nadhir Nasar yang terus menyinarkan bakatnya di hadapan dan belakang lensa kamera. Eksklusif kali ini menampilkan Top Model Malaysia, Atikah Karim yang juga menggayakan koleksi Coach untuk musim Spring/Summer 2024.
JENAMA STREETWEAR SETIAP LELAKI PERLU TAHU
Dalam dunia fesyen yang dinamik, streetwear telah muncul sebagai powerhouse style, menggabungkan urban aesthethic dengan trend kontemporari. Dicirikan oleh getarannya yang edgy, kasual dan cool vibe, streetwear telah menarik perhatian lelaki bergaya di seluruh dunia.
TEMU BUAL BERSAMA PENGASAS KUALA LUMPUR FASHION WEEK, ANDREW TAN
Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) bakal berlangsung bermula 21-27 Ogos 2023 di tujuh lokasi yang berbeza dengan 50 pereka dan label fesyen tempatan dan antarabangsa.