TAMPIL ’COOL’, KEKAL ’COOL’ DAN TERUS ’COOL’ DENGAN KOLEKSI +LEVI’S® COOL
Bulan ini, Levi’s® melancarkan koleksi +Levi’s® Cool yang menampilkan denim yang ringan, lut udara serta lebih segar untuk gaya lelaki yang paling cool.
Bersempena kehadiran musim bunga/panas 2023, Levi’s® melancarkan koleksi +Levi’s® Cool sekali lagi. Koleksi ini menampilkan kejuruteraan denim bersifat ringan dan lut udara untuk memberikan keselesaan maksimum. Dan eksklusif musim panas kali ini, Levi’s® mahu peminat denim meneroka himpunan terkini dan menyerlahkan gaya yang lebih segak dan segar. Tampil ’cool’, kekal ’cool’ dan terus ’cool’!
Denim biru bukan sahaja padanan sesuai untuk palet musim panas. Malahan ia mampu mencipta penampilan yang selesa serta bergaya untuk variasi acara. Koleksi +Levi’s® Cool ini berterusan menjadi helaian pelbagai fungsi, dengan fabrik lut udara dan ringan yang lembut serta selesa.
Koleksi musim ini menawarkan pelbagai jenis potongan denim, antaranya seluar jean, skirt denim, kemeja dan kemeja-t khas musim panas. Denim dengan basuhan ringan pula membawakan penampilan musim panas yang lebih segar dan selesa.
Koleksi +Levi’s® Cool +UNTUK LELAKI
Bersedia melangkah ke peralihan musim panas ini dengan himpunan padanan menarik untuk lelaki daripada koleksi 505® REGULAR, 510® SKINNY, sehinggalah ke512® SLIM TAPER dan502® TAPER. Pastinya ia menonjolkan penggayaan yang santai dan kasual dengan bahagian atas yang lebih longgar.
Gabungkan gaya dan keselesaan ke dalam satu pengalaman denim yang ’cool’ kala anda memadankan seluar jean dengan kemeja-T lut udaradalam grafik yang menyeronokkan serta baju dalam cetakan jaluranluncur air atau palet neutral. Anda pasti kelihatan hebat sama seperti yang anda rasakan!
Di saat hangatnya musim panas ini, jangan biarkan bahangnya itu mengurangkan rentak anda. Ikuti Levi’s® untuk penampilan yang lebih ’cool’ dan pengalaman yang menarik. Berharga antara RM129 hingga RM459, koleksi ini boleh didapati menerusi levi.com.my dan di butik Levi’s® di seluruh negara mulai bulan Ogos ini.
Foto: Levi’s® Malaysia
Baca lebih lanjut: “THE GREATEST STORY EVER WORN” MERAIKAN 150 TAHUN JEANS IKONIK LEVI’S® 501®
Tags
Artikel Yang Berkaitan
CUTI-CUTI BERSAMA OUTFIT IKONIK LEVI’S®
Untuk musim perayaan kali ini, Levi’s® akan meraikannya dengan keseronokan gaya terkini dan segar. Melalui himpunan baharu ‘Holiday Edits’ dan memulakan inisiatif pemberian hadiah yang dinamakan “12 Days of Denim”.
LEVI’S® X CROCS – KOLABORASI KAPSUL YANG MENGGABUNGKAN KUALITI DAN KESELESAAN
Dua jenama terkenal dunia, Levi’s® dan Crocs bersatu dalam gabungan keselesaan kasual bersama rekaan berkualiti menerusi koleksi kapsul baharu yang istimewa.
BRIGHT VACHIRAWIT BINTANG KEMPEN CALVIN KLEIN JEANS FALL 2023
Bintang Thailand, Bright Vachirawit membintangi kempen Calvin Klein Jeans Fall 2023 untuk rantau Asia bersama model Jepun, Maryel Uchida dan pelakon China, Kuan Chen.
“THE GREATEST STORY EVER WORN” MERAIKAN 150 TAHUN JEANS IKONIK LEVI’S® 501®
Bersempena dengan ulang tahun ke-150, Levi’s meraikan seluar jean 501® Original yang menjadi ikon gaya global dengan kempen “The Greatest Story Ever Worn”.
KOLABORASI LEVI’S DAN STUSSY TAMPIL DENGAN GAYA LEBIH KLASIK!
Levi's dan Stussy adalah kolaborasi yang paling ditunggu semua peminat denim. Kolaborasi ini, menerapkan ciri khas Stussy kedalam koleksi denim Levi's bagi menghasilkan gaya yang lebih klasik.
PENEROKAAN SEMULA ARKIB 149 TAHUN LEVI’S
Untuk musim luruh/sejuk 2022, Levi’s melakar semula arkib rekaan sejak 149 tahun dengan menceduk inspirasi untuk sebuah koleksi berjudul “Archives Reinvented”.