TIP PENGGAYAAN TREND TIE-DYE
Trend fesyen tie-dye atau lebih dikenali sebagai ikat celup ini sebenarnya sudah lama wujud terutama sekali pasaran tempatan sejak tahun 2000 lagi. Dek mainan corak dan warna yang menyerlah membuatkan trend fesyen ini kekal diingati dan diminati hingga kini walaupun ia adalah passing trend.
Buat anda yang tidak pernah atau enggan mencuba, mungkin sudah tiba masanya untuk anda tampil dengan sesuatu yang berbeza. Namun, perlu kena dengan teknik penggayaan yang betul.
Tetapi sebelum itu, sedikit mengenai sejarah trend ini. Trend tie-dye atau lebih dikenali corak kain teknik ikat celup sebenarnya sudah wujud sejak 2300 tahun yang lepas di Mesir. Malah, negara China dan Jepun juga memulakan corak kain ini pada abad ke-6. Di Tanah Melayu pula, kain bercorak ini diperkenalkan sejak abad ke-15 Masihi pada zaman pemerintahan Parameswara di Melaka. Dan pada tahun 1770-an corak ikat celup telah diperkenalkan di kepulauan Melayu namun lebih dikenali sebagai batik pelangi.
TIP PENGGAYAAN FESYEN TIE-DYE
Fesyen tie-dye kini berkembang menjadi busana kasual bohemian yang diminati oleh semua kerana ia menampilkan corak atau motif warna menarik, malah kini semakin banyak butik dan pereka memilih corak tie-dye dalam penghasilan pakaian seperti baju T, kardigan, seluar, boxers, sweater mahupun gaun panjang. Malah jenama-jenama fesyen gergasi seperti Valentino, Adidas, Ted Baker dan Saint Laurent juga pernah menghasilkan pakaian tie-dye.
1. Warna
Pemilihan corak dan warna memainkan peranan penting. Ya, tidak dinafikan ia datang dengan pelbagai warna dan bentuk seperti motif jelujur, tribal, bulatan, bunga, kupu-kupu, pelangi, dan polka dot. Yang penting pastikan ia tidak berlebihan. Warna pula sebaiknya tidak melebihi 3 atau 4 warna (melainkan ia bercorak pelangi).

2. Padanan
Elakkan daripada memadankan tie-dye pada kedua-dua bahagian atas-bawah badan. Ia akan nampak serabut, tambahan lagi sekiranya kedua-dua corak itu berlainan. Pilih satu unsur untuk satu/dua pakaian saja – mungkin corak tie-dye pada bahagian atas badan sahaja, atau pada seluar sahaja.
Pemilihan sepasang corak yang sama atas-bawah mungkin sesuai untuk majlis atau keraian fesyen, namun tidak digalakkan jika dipakai untuk bersantai dan di tempat awam. Less is more.

Dari kiri ke kanan: Gaya yang di luar kotak, padanan top-to-toe untuk tie-dye corak yang sama mungkin lebih sesuai untuk majlis fesyen. Untuk gaya harian, memadai untuk memakai corak tie-dye pada seluar atau baju sahaja, bukan kedua-duanya.
3. Paling selamat
Untuk penggayaan yang simple dan kemas, baju tie-dye sangat sesuai dikenakan dengan seluar jean atau chinos tetapi pastikan ia plain dan tidak bercorak.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 31 Januari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026
Tidak lagi perlu memakai jam yang dapat dilihat dari seberang bilik. Lima jam tangan bersaiz kecil ini mencuri perhatian dengan reka bentuk yang tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.













