TOTAL GROOMING CHECK: SELEBRITI LELAKI MALAYSIA DENGAN GAYA RAMBUT PALING ‘ON-POINT’
ROBERT PATTINSON’S HAIR GAME
Robert Pattinson terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara ikon grooming lelaki paling konsisten di Hollywood. Di bawah sorotan Total Grooming Check oleh GLAM Lelaki, Robert Pattinson dipilih bukan semata-mata kerana status selebritinya, tetapi kerana komitmen penuh yang sentiasa diberikan terhadap penampilannya terutama dalam penggayaan rambut. Setiap kemunculan Pattinson memperlihatkan perhatian terhadap perincian, dengan gaya rambut yang kelihatan effortless. Atas sebab inilah Robert Pattinson menjadi pilihan editorial untuk Best Celebrity Hairstyle. Menjadi rujukan buat lelaki yang menghargai gaya yang understated tetapi penuh keyakinan.
GAYA RAMBUT YANG EFFORTLESS DAN SOFISTIKATED
Beberapa selebriti lelaki Malaysia tampil konsisten dengan pilihan gaya rambut yang bukan sahaja relevan, malah memberi inspirasi kepada lelaki moden. Ini barisan nama yang wajar diberi perhatian dalam dunia penggayaan rambut lelaki moden.
1) Fattah Amin
Fattah Amin sinonim dengan gaya rambut klasik maskulin yang sentiasa kemas dan berstruktur. Sama ada potongan pendek bertekstur atau slick back yang minimal, gayanya mencerminkan imej lelaki matang, profesional dan versatil. Sangat sesuai untuk acara formal mahupun penampilan kasual harian.

2) Wak Doyok
Sebagai ikon gaya lelaki tempatan, Wak Doyok dikenali dengan pilihan gaya rambut yang kemas dan berkarakter, khususnya potongan ‘side partition klasik’ yang sering dipadankan dengan ‘clean fade atau taper’ di bahagian sisi. Dari penampilan ala gentleman moden hingga gaya bertekstur yang lebih berani, setiap kemunculannya mencerminkan perhatian terhadap perincian dan keyakinan diri. Wak Doyok membuktikan bahawa grooming lelaki bukan sekadar soal kekemasan, tetapi satu bentuk ekspresi gaya yang mampu mengekalkan elemen klasik tanpa mengorbankan stail kontemporari.

3) Iqie Insomniacks
Iqie Insomniacks menampilkan pendekatan urban dan street-smart yang segar dalam gaya rambutnya, dengan eksplorasi gaya yang bersifat ‘kaleidoscopic,. Daripada potongan popular Korea seperti Two-Block Cut, Flow Cut dan Shaggy Layers, sehinggalah kepada ‘buzz cut’ yang minimal, Iqie membuktikan versatiliti tinggi dalam mengolah volum, tekstur dan fringe moden. Eksperimen warna berani seperti ash purple dengan tona kelabu pula menambah dimensi kontemporari pada penampilannya. Walaupun sering bereksperimen, gaya rambutnya tetap tampil ringkas dan kemas. Menjadikannya dekat dengan generasi muda yang menghargai ekspresi diri tanpa kelihatan berlebihan.

4) Aedy Ashraf
Selain Iqie, Aedy Ashraf juga turut membuktikan bahawa gaya rambut yang ringkas tetapi konsisten mampu memberi impak besar. Pilihan potongan gaya rambut ‘mullet’ memudahkan Aedy menyesuaikan dengan pelbagai penampilan dan gaya fesyen terkini. Sekali gus Menjadikan penampilan Aedy Ashraf rujukan dalam dunia peragaan rambut lelaki kini.

5) Amir Nafis
Sebelum ini Amir Nafis menampilkan gaya rambut curly fringes yang jarang dilihat dalam segelintir lelaki moden untuk mencubanya. Amir juga sering dilihat ‘berexperimentasi’ dengan gaya rambut seperti ‘Braids’ dan juga ‘Modern cut’. Gaya rambut Amir sering dipadankan dengan penampilan minimal bagi menghasilkan ‘impak’ yang menonjol terhadap rupa paras yang segak Amir. Potongan rambutnya menonjolkan imej lelaki yang memahami kepentingan perincian kecil dalam grooming lelaki.

6) Amir Ahnaf
Sebagai wajah baharu yang semakin meningkat naik, Amir Ahnaf tampil dengan gaya rambut curly yang natural dan berkarakter. Alunan rambut yang tidak terlalu digayakan memberi aura segar, youthful dan relevan. Selari dengan trend grooming lelaki masa kini.

Artikel Berkaitan: TOTAL GROOMING CHECK: SELEBRITI LELAKI PALING FIT 2025
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
Ernie Zakri, Fattah Amin, Adam Lee & Jazmy Juma Cemerlang di ABPBH ke-37
Ernie Zakri dinobatkan Bintang Paling Popular ABPBH 37, mengatasi saingan sengit daripada finalis top 5 lain.
6 ARTIS LELAKI YANG BERKAHWIN PADA TAHUN 2025
Tahun 2025 dipenuhi dengan berita artis-artis lelaki yang berkahwin bersama wanita pilihan mereka yang cukup jelita.
KETAHUI 6 SELEBRITI LELAKI PALING MENYERLAH 2025
6 selebriti lelaki paling menyerlah 2025 yang wajib diketahui! Dari Hun Haqeem hingga Fattah Amin, lihat bakat, karisma & gaya mereka.
IMBAS 8 LELAKI YANG MENGHIASI COVER GLAM LELAKI 2025
Mari imbas semula 8 lelaki ikonik yang menjadi penghias cover GLAM Lelaki pada tahun 2025 dengan aura mereka yang tersendiri.
TONTON FILEM-FILEM INI DI BULAN NOVEMBER DAN DISEMBER 2025
Bulan November dan Disember 2025 bakal memenuhkan pawagam dengan filem-filem penuh genre menarik buat peminat filem.
FATTAH AMIN DEDIKASI UCAPAN ULANG TAHUN MENYENTUH HATI BUAT ISTERI, AMIRA OTHMAN
Ucapan penuh kasih Fattah Amin buat Amira Othman sempena ulang tahun kelahiran penyanyi itu menyentuh hati ramai peminat.











