Skip to content

TUMI LENGKAPI PENJALANAN TIGA PENGARUH GLOBAL DENGAN ALPHA BRAVO 2018

Kongsikan artikel ini

Untuk musim Spring/Summer 2018 ini, TUMI, jenama perjalanan, aksesori perniagaan dan gaya hidup terkemuka berimaginasi dengan beberapa individu hebat yang nyata bergaya dan mencetus inspirasi. Kali ini, TUMI bekerja rapat dengan barisan tiga individu berpengaruh, iaitu pelakon Daniel Henney dan Ethan Juan, serta pembikin filem Ali F. Mostafa. Bertepatan dengan kempen bermusim kali ini dengan pelancaran koleksi Alpha Brovo yang dikemas kini, koleksi ini berfungsi dalam melengkapi serta menyempurna perjalanan peribadi mereka dengan gaya, warna segar dan rupa yang rapi dan dimodenkan.

Mendefinisikan semula maksud kemewahan dan inovasi, kecemerlangan reka bentuk TUMI terserlah dengan kefungsian yang luar biasa. Musim ini, TUMI mengambil inspirasi dari gaya hidup dinamik pengembara moden, serta budaya santai dan landskap yang menakjubkan di California. Hasilnya adalah koleksi yang cemerlang dalam reka bentuk kejuruteraan dan inovatif, dengan warna dan corak baru, juga estetika yang kontemporari.

Untuk lelaki, koleksi Alpha Bravo yang ikonik dilancarkan dengan penambahbaikan luar biasa di samping mengekalkan kelebihan dan fungsi yang diilhamkan oleh tentera. Alpha Bravo diperkenalkan semula dengan kulit hitam dengan zip gunmetal serta reka bentuk utama termasuk plak logo terintegrasi, kulit terperinci pada muka depan beg, dan wristlet hitam baru dan menarik . Terdapat dalam Null Ballistic, Anthracite dan Leather yang tahan lama, dengan warna bermusim Green Camo dan Grey/Citron menambah elemen keseronokan kepada julat warna teras sedia ada.

Bertepatan dengan pelancaran Alpha Bravo, TUMI hadir dengan kempen terbarunya yang menampilkan rentetan unik individu dihormati dari seluruh dunia yang berkembang maju seiring usaha dan bakat mereka.

DANIEL HENNEY

Pelakon Korea-Amerika, Daniel Henney, mula menempa nama dalam siri TV Korea, My Lovely Sam Soon dan Spring Waltz sebelum terkenal di seluruh dunia melalui peranannya dalam filem X-Men Origins: Wolverine (2009) dan Big Hero 6 (2014). Juga dikenali sebagai model antarabangsa yang berjaya, Daniel nyata mengagumkan landasan fesyen Milan, Paris, London, New York dan Hong Kong apatah lagi dirinya kini membintangi siri drama TV Amerika Syarikat yang terkenal, Criminal Minds.

“Saya teruja dapat bekerjasama dengan TUMI. Tambahan pula, bekerja dengan jenama yang menghargai prinsip yang sama. Kualiti, reka bentuk, kecanggihan dan fungsi antara beberapa sebab saya suka bekerjasama dengan TUMI. Sebagai jenama yang besar serta kehadiran menakjubkan di pentas dunia, ini adalah satu penghormatan mempunyai perkongsian dengan TUMI. “- Daniel Henney

ETHAN JUAN

Pelakon dan model Ethan Juan sudah lama dikenali di seluruh Asia sebagai seorang ikon gaya. Ethan pertama kali membintangi video muzik popular sebelum berperanan dalam drama Fated to Love You (2008) dan My Queen (2009). Sejak memenangi Anugerah Pelakon Terbaik di Anugerah Golden Horse ke-47 untuk lakonannya dalam Monga (2010), Ethan kini berada di puncak kegemilangannya. Bekas model dan perenang kompetitif ini mengambil jurusan Pelancongan di universiti menjadikan setiap penjalanannya satu pengembaraan yang kekal diingati, bersesuaian dengan jenama TUMI .

“Sebagai salah seorang peminat TUMI, koleksi Alpha Bravo yang dikemas kini mengagumkan saya. Walau masih mengekalkan fungsi sama, namun desain Camo Hijau nyata hebat. Sebagai salah seorang yang menikmati kepelbagaian pilihan di New York, makanan lazat di Jepun serta menikmati pengalaman membeli-belah di Amsterdam, saya sangat menyukai Alpha Bravo yang bergaya malah sesuai untuk dibawa ke mana-mana sahaja. “- EthanJuan

ALI F. MOSTAFA

Pembikin dan penerbit UAE, Ali F. Mostafa telah lama dikenali sepanjang kariernya untuk sumbangannya yang tidak ternilai untuk industri perfileman Emirati. Malah, beliau turut mendapat pengiktirafan untuk filem arahanya, City of Life. Dinobatkan sebagai ‘Best Emirati Filmmaker’ pada Festival Filem Antarabangsa Dubai 2009 dan ‘Filmmaker Tahun 2010’ oleh majalah Digital Studio. Filem terbaru Ali F. Mostafa, The Worthy ditayangkan di BFA London Film Festival malah turut ditayangkan pada malam gala perdana Festival Filem Dubai pada tahun 2016.

“Saya sangat teruja menyertai keluarga TUMI, apatah lagi mewakili jenama yang sudah sebati bertahun lamanya, adalah pengalaman yang luar biasa dan saya tidak sabar untuk pengembaraan seterusnya di masa hadapan dengan TUMI! “- Ali F. Mostafa

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 SELEBRITI LELAKI KOREA YANG PERNAH DIGELAR 'IT BOY'

5 SELEBRITI LELAKI KOREA YANG PERNAH DIGELAR ‘IT BOY’

Bacaan Lanjut
GAYA OFFICE-CORE SACOOR BROTHERS

GAYA OFFICE-CORE SACOOR BROTHERS

Bacaan Lanjut

RAHSIA PERSIAPAN BERSENAM TERBAIK UNTUK HASIL MAKSIMUM

Bacaan Lanjut
5 PANTANG LARANG PENJAGAAN RAMBUT LELAKI

5 PANTANG LARANG PENJAGAAN RAMBUT LELAKI

Bacaan Lanjut
RIMOWA

RIMOWA SERIKAN KOLEKSI DISTINCT & ORIGINAL TWIST SENTUHAN WARNA OLIVE

Bacaan Lanjut
ECCO

ECCO PERKENAL KOLEKSI BIOM IMFINITE BAHARU: GABUNGAN GAYA & PRESTASI

Bacaan Lanjut