Skip to content

UNIQLO Malaysia

UNIQLO RAIKAN KEMERDEKAAN BERSAMA BUNGA DAN BINTANG

Kongsikan artikel ini

UNIQLO sambut Merdeka dengan koleksi UTme! Eksklusif, menampilkan rekaan berinspirasi budaya Malaysia bersama Bunga dan Bintang

UNIQLO mengumumkan kerjasama istimewa bersama jenama seni tempatan, Bunga dan Bintang. Koleksi UTme! eksklusif ini dilancarkan pada 19 Ogos 2024 di kedai UNIQLO terpilih, bersempena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67. Koleksi ini menampilkan 15 rekaan yang mencerminkan kekayaan warisan budaya dan semangat ceria negara.

UNIQLO BERSAMA BUNGA DAN BINTANG RAYAKAN MERDEKA 2024 DENGAN KOLEKSI ISTIMEWA 

Koleksi ini diilhamkan oleh warisan budaya Malaysia, termasuk pakaian tradisional dan makanan tempatan yang digemari seperti kuih lapis dan roti canai. Setiap rekaan yang dihasilkan merupakan penghormatan kepada kepelbagaian budaya negara, dengan menonjolkan simbol-simbol tempatan dan ikon budaya dalam seni bertema pastel yang menawan. Pelanggan boleh mendapatkan baju T yang sudah siap dengan rekaan baru ini atau menggunakan perkhidmatan cetakan UTme! untuk mencetak rekaan pada baju T atau beg tote secara khusus.

UNIQLO Malaysia

Foto: UNIQLO Malaysia

Setiap rekaan yang dihasilkan merupakan penghormatan kepada kepelbagaian budaya negara, dengan menonjolkan simbol-simbol tempatan dan ikon budaya dalam seni bertema pastel yang menawan. Pelanggan boleh mendapatkan baju T yang sudah siap dengan rekaan baru ini di butik UNIQLO terpilih seluruh dunia atau di laman  bermula September 2024.

Selain itu, anda boleh menggunakan perkhidmatan cetakan UTme! Untuk mencetak rekaan pada baju T atau beg tote secara khusus di lokasi tertentu seperti:

  • UNIQLO Fahrenheit 88
  • UNIQLO The Exchange TRX
  • UNIQLO Damansara Avenue Square
  • UNIQLO Sunway Pyramid
  • UNIQLO Mid Valley Southkey
  • UNIQLO Queensbay Mall
Bunga Dan Bintang

Foto: UNIQLO Malaysia

Dengan kerjasama ini, UNIQLO mengukuhkan komitmennya untuk meraikan kepelbagaian budaya dan semangat perpaduan Malaysia dalam gaya yang inovatif dan kontemporari, membolehkan rakyat Malaysia menunjukkan kebanggaan nasional mereka dengan penuh gaya.

Pautan Berkaitan: 5 KOLEKSI PAKAIAN LELAKI TERBAIK KLFW 2024

 

 

 

By Siti Maliyanah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

UNIQLO: C HADIRKAN KOLEKSI LELAKI

Bacaan Lanjut
Uniqlo Malaysia

KEMBARA GAYA DI KUALA LUMPUR BERSAMA GL GANG, SHARUL AIMY DAN JASON TAN

Bacaan Lanjut
Uniqlo miracle air

5 SEBAB ANDA PERLU MELENGKAPKAN GEROBOK WORKWEAR ANDA DENGAN UNIQLO MIRACLE AIR

Bacaan Lanjut
Uniqlo trx

APA YANG MENARIK DI STOR UNIQLO TERBESAR MALAYSIA DI THE EXCHANGE TRX?

Bacaan Lanjut

WARISAN BRITAIN DAN INSPIRASI UNIVERSITI KOLABORASI UNIQLO BERSAMA JW ANDERSON

Bacaan Lanjut
Uniqlo airism

SELESA DAN IKONIK, KOLEKSI UNIQLO AIRISM UNTUK LELAKI YANG AKTIF

Bacaan Lanjut