Skip to content

8 CHECKLIST RAYA 2025 UNTUK LELAKI

Kongsikan artikel ini

Sambutan Hari Raya tidak lengkap tanpa persiapan rapi, termasuk dari segi fesyen, penampilan, dan keperluan asas seorang lelaki.

Berikut adalah checklist penting bagi kaum lelaki untuk tampil segak dan bersedia menyambut Syawal:

Baju Melayu – Pastikan memilih baju Melayu yang kemas dan bersesuaian dengan tema warna keluarga. Jangan lupa sampin dan songkok untuk penampilan lebih bergaya!

Aksesori Tambahan – Jam tangan, butang baju Melayu, dan kasut yang sesuai melengkapkan gaya elegan lebaran.

Duit Raya – Pastikan duit raya telah ditukar awal untuk diberikan kepada anak-anak, ahli keluarga, dan tetamu. Jangan terlalu berboros dalam belanja sewaktu sebelum lebaran kerana anda pasti memerlukan duit untuk menampung selepas lebaran.

Kereta Bersih & Servis Lengkap – Sebelum balik kampung atau menghadiri rumah terbuka, pastikan kereta telah diservis, dibasuh, dan wangi untuk perjalanan yang lebih selesa.

Penjagaan Diri – Potong rambut, jaga jambang atau misai, kuku jari tangan dan kaki serta pastikan wajah bersih dan segar dengan rutin penjagaan kulit yang sesuai.

Wangian  – Wangian yang segar dan maskulin menambah keyakinan dan meninggalkan kesan yang baik ketika bertemu saudara dan rakan-rakan.

Selipar Raya – Jangan hanya fokus pada baju, seliparyang bersih dan selesa juga penting untuk keselesaan sepanjang hari.

Rancang Balik Kampung & Rumah Terbuka – Atur jadual perjalanan, pastikan penginapan jika perlu, periksa keadaan cuaca dan tentukan rumah terbuka yang ingin dikunjungi untuk mengelakkan kesesakan atau kelam-kabut.

Dengan checklist ini, anda sebagai lelaki boleh memastikan penampilan yang bergaya, bersedia untuk menyambut tetamu, dan menikmati Hari kemenangan dengan penuh keyakinan dan keceriaan. Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Pautan Berkaitan: 8 ETIKET MEMILIH SONGKOK YANG SEMPURNA DI HARI RAYA

By Yusairi Fitri
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

JAM TANGAN MEWAH MELEWATI OSCAR 2025

Bacaan Lanjut

ETIKA PEMAKAIAN DI HARI RAYA: BAJU MELAYU ATAU KURTA

Bacaan Lanjut
HARUMAN FLORAL AESOP BAWA KEUNIKKAN SENDIRI

HARUMAN FLORAL AESOP BAWA KEUNIKKAN SENDIRI

Bacaan Lanjut

HENRY CAVILL WAJAH BAHARU LONGINES ELEGANCE

Bacaan Lanjut

5 WANGIAN ZESTY & CITRUS BUAT LELAKI

Bacaan Lanjut

5 WANGIAN LELAKI MASKULIN MASA KINI

Bacaan Lanjut