Skip to content

JEAN-PAUL GOUDE, JURUGAMBAR RASMI KEMPEN H&M X KENZO

Kongsikan artikel ini
Teks: Putra Mokhter
hm_kenzo_jean-paul_015_b_srgb_300dpi

Jean-Paul Goude (berbaju belang) mengarah kempen H&M X Kenzo

Siapa yang tidak mengenali figura Jean-Paul Goude? Sentuhan magis Paul dalam menghasilkan imej yang menarik tidak kira dalam dunia fesyen mahupun muzik, sentiasa memberi inspirasi pada mata yang melihat. Lebih lima dekad menghasilkan seni gambar yang menarik, kali ini Paul diberi kepercayaan untuk menjadikan kempen H&M X KENZO lebih liar dan unik!

Kempen H&M X KENZO ini dibintangi oleh barisan selebriti terkemuka serta beberapa ikon aktivis yang merupakan kunci utama dalam menjadikan kempen ini lebih menarik. Jean -Paul Goude mengimplementasi idea kreatifnya dengan bermain dengan seni cetakan untuk kempen ini. Menurut Carol Lim dan Humberto Leon, pengarah kreatif jenama mewah, KENZO, ia bagaikan satu peluang emas apabila dapat berkerjasama dengan ikon jurugambar seperti Paul.

hm_kenzo_jean-paul_011_srgb_300dpi

Jean-Paul Goode di belakang tabir penggambaran kempen H&M X Kenzo

“Paul bijak bermain dengan unsur kreativitinya dan sekali gus menjadikan gambar kempen H&M X KENZO ini lebih menakjubkan. Ia seolah menterjemahkan gambaran personaliti yang kuat untuk koleksi ini dan memberi elemen positif pada seni gambar kempen ini,” ulas Carol dan Humberto, pengarah kreatif KENZO.

Koleksi ini akan dilancarkan pada 17 Oktober 2016 dan akan tiba di 250 cawangan terpilih seluruh dunia pada 3 November 2016, termasuklah pembelian secara online. Nantikannya!

Barisan selebriti juga aktivis untuk kempen H&M X KENZO:
Iman – Supermodel, activis dan pengasas IMAN Cosmetics
Rosario Dawson – Pelakon, aktivis serta pengasas Studio 189
Chance The Rapper – Artis Hip Hop
Ryuichi Sakamoto – Ahli muzik dan komposer
Chloe Sevigny – Pelakon
Suboi – Rapper
Xiuhtezcatl Martinez – Aktivis dan ketua Earth Guardians

https://www.youtube.com/watch?v=1067MpHsX-U

Perspektif dan pengalaman berkaitan isu ‘pop culture’ lokal dan global

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 LUBUK TEMPAH 'SUIT' CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR.

5 LOKASI TEMPAH ‘SUIT’ CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL

THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL

Bacaan Lanjut
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

Bacaan Lanjut
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

Bacaan Lanjut
mew suppasit

MEW SUPPASIT & MONTBLANC MEISTERSTÜCK: MANIFESTASI JIWA DALAM SETIAP GORESAN

Bacaan Lanjut
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

Bacaan Lanjut