Givenchy memperkenalkan kempen wangian terbaru mereka bersama wajah ekslusif tersebut, pelakon berbakat, kacak dan popular Aaron-Taylor Johnson. Berdasarkan kempen ini, Aaron mewakili lelaki moden Gentleman Givenchy yang kelihatan sangat segak menyarung sut untuk majlis formal, menyalurkan gaya model yang ada dalam dirinya.

Yang menariknya, untuk kempen yang mengunakan rona hitam putih  ini, ia mendapat sentuhan isterinya sendiri, iaitu Sam seorang jurugambar dan pengarah filem. Berdasarkan Romain Spitzer, Ketua Eksekutif Givenchy Parfums menyatakan pemilihan Aaron sangat kena dan bertepatan dengan masej yang ingin disampaikan melalui kempen ini. “Bagi saya, personaliti Aaron adalah gabungan elegan, karisma, kebaikan dan keistimewaan yang tersendiri”.

Wangian Gentleman: Givenchy ini akan mulai dipasarkan bermula bulan ini.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 8 Ogos 2017