Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai ‘KJ’ mempunyai seorang anak yang menghidapi autisme. Anak lelaki keduanya,  Timor Abdullah atau nama panggilannya Puma kini berumur 9 tahun. Buat pengetahuan, autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal yang melibatkan fungsi otak di mana ia menyebabkan seseorang mengalami masalah dalam berkomunikasi, berhubungan sosial dan emosi malah sukar untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai bentuk keadaan.

Berikutan dengan isu ini, baru-baru ini KJ menyatakan kebimbangan serta keprihatinannya terhadap isu ini melalui kenyataan di dalam Instagrammnya yang menyeru agar semua pihak perlu campur tangan pada peringat awal agar membolehkan mereka yang mengidap autisme mampu mengembangkan potensi serta bakat dalam diri mereka. Tambah beliau lagi, anak-anak istimewa ini tidak sepatutnya disembunyikan malah mereka sewajarnya digalakkan menjalani kehidupan gembira dan produktif seperti anak-anak biasa yang lain.

My three hooligans rocking blue for #autismawareness at The Rock Walk 2017. Cougar & Leo were excited to support Puma who is on the autism spectrum. Autism awareness is critical especially to support parents with kids on the autism spectrum. We need more affordable early intervention that will allow them to fulfill their potential. My ministry will be working with the National Autism Society of Malaysia in creating a skills pathway for youths with autism at our Institut Kemahiran Belia Negara so they can continue learning after they finish school and increase their potential to be independent adults with careers. Looking forward to #TN50, we cannot be a developed nation with just gleaming skyscrapers and high speed trains. A developed nation needs a heart and soul, where no one is left behind. Where kids with disabilities are not kept hidden in the dark but rather are brought to thrive and bask in the light of living happy, productive and fulfilling lives. That is kind of future for our country that I will continue to fight and work for.

A post shared by Khairy Jamaluddin (@khairykj) on

Khabarnya, Kementerian Belia dan Sukan akan bekerjasama dengan Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia (NASOM) dalam mencipta kemahiran di Institut Kemahiran Belia Negara bagi memberi peluang kepada anak-anak autisme ini belajar meningkatkan potensi dalam diri agar menjadi orang dewasa yang mampu berdikari. Baru-baru ini, berdasarkan laporan dalam salah satu akhbar tempatan Sinar Harian, KJ ternyata beremosi mengenangkan nasib kanak-kanak autisme sewaktu sesi ‘kupas buku’ yang berjudul Uniquely Human baru-baru ini. Jelas beliau, “Buku ini mengubah hidup saya, mengubah cara saya mendekati anak saya sendiri dan bagaimana saya cuba untuk memahami dia tanpa cuba mengubah dia menjadi seperti anak-anak lain yang normal”.

Ternyata tindakan serta keprihatinan KJ memperjuangkan nasib golongan autisme mendapat respon serta pujian dari netizen. Thank you YB KJ! 

Oleh Wan Mohd Firdaus, 18 April 2017