FOSSIL FIRSTS X JI CHANG WOOK
Pelakon kacak Korea Ji Chang Wook mewakili generasi pertama memakai Fossil Q yang mencipta kenangan dengan jam tangan ulung ini terutama bersama peminatnya.
Menurut Ji Chang Wook, jam tangan pertama Fossil adalah hadiah diterimanya tidak lama dahulu. Malah, dia teruja mendapat tahu jam tangan tersebut adalah merupakan smartwatch. Selepas menggunakannya setiap hari, kehidupan dijalaninya lebih efisien. Ternyata Ji Chang Wook adalah pilihan tepat bagi Fossil di dalam kempen Fossil Firsts ini.
Tersohor dengan TV siri Suspicious Partners dan Healer, Ji Chang Wook kini peminat setia jam tangan pintar Fossil Q dan senang sekali menjadi jurucakap Fossil Q Explorist. Lebih-lebih lagi ia gandingan sempurna teknologi dan fesyen yang dipasarkan bermula September 2017. Jam tangan Q Explorist hadir dengan slimmest cases di dalam kategori Fossil Q Gen3 Smartwatch yang berteknologi tinggi. Diperkasa Android Wear 2.0, jam tangan ini mengandungi banyak applikasi yang bermanfaat. Jam tangan ini sememangnya sesuai dengan penampilan Ji Chang Wook yang bergaya di kaca TV dan sebagai dirinya yang sebenar seorang yang lebih kasual.
“Saya suka bersenam. Ternyata Fossil hybrid smartwatch sesuai buat gaya hidup saya yang aktif,” tambahnya lagi. Ternyata fitness apps termasuk Google Fit, UA Record by Under Amore, Strava dan RunKeeper pasti banyak membantu.
Selain itu, dia juga dikatakan sangat memberi perhatian terhadap menu diambil sehari-hari. “Saya mengambil makanan berasaskan protein sebelum penggambaran bermula setiap hari. Walaupun ketika jadual terlalu sibuk, saya mengelak dari memakan makanan segera. Saya percaya dengan nutritious food, rutin senaman dan tidur secukupnya adalah tiga kunci penting untuk kehidupan lebih sihat. Saya sentiasa mengawal ketiga-tiganya sentiasa. Dengan Fossil smartwatch saya, selain mengawal aktiviti harian ini, saya juga mampu melihat corak tidur saya setiap hari.”
Ketika temu bual ini berlangsung, Ji Chang Wook berehat seketika dari seni lakon dan banyak waktu dihabiskan di rumah. Dia juga berpeluang menghabiskan waktu dengan orang terdekat dengan dirinya. Kelebihan Fossil Q smartwatch, anda mampu menerima pesanan ringkas, panggilan telefon dan notifikasi sosial hanya dengan satu butang tanpa ada telefon bimbit disebelah. Jangka hayat bateri juga selama 24 jam dan boleh dicaj menggunakan wireless charger yang dihubungkan menerusi teknologi Bluetooth dan serasi dengan iOS 9.0+ dan Android 4.4+.
Ternyata Fossil menghargai pengalaman pertama semua individu yang akan mereka kenang seumur hidup. Malah, kenangan dicipta berpanjangan dengan Fossil Q Gen3, Q Venture & Q Explorist.
Sumber: GLAM Malaysia
Tags
Artikel Yang Berkaitan
“SAYA AKAN MEMILIH ERNIE ZAKRI” – RIZAL RASID #GLBLACKWHITESERIES
#GLBlackWhiteSeries pilihan GLAM Lelaki menampilkan Rizal Rasid yang berasal dari Brunei, dan kini meluaskan sayapnya di Malaysia.
5 GAYA FESYEN BRIGHT VACHIRAWIT PILIHAN GLAM LELAKI
Bintang Thailand, Bright Vachirawit akan membuat penampilan istimewa pada 23 April ini untuk meraikan produk terbaru Kiehl's di Mid Valley Megamall. Bright Vachirawit yang merupakan pelakon dan penyanyi terkenal juga sering dilihat dengan gaya fesyen yang menarik perhatian ramai.
15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG APRIL 2024
Dari filem “Ripley” lakonan Andrew Scott kepada siri K-drama “Chief Detective 1958” yang menampilkan Lee Je-hoon, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang April 2024.
DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN
Selepas menghasilkan lebih 100 koleksi selama 38 tahun, Dries Van Noten bakal mempersembahkan koleksi terakhirnya pada musim panas ini.
5 SEBAB ANDA PERLU MELENGKAPKAN GEROBOK WORKWEAR ANDA DENGAN UNIQLO MIRACLE AIR
Dengan keadaan cuaca yang sentiasa panas dan lembap, UNIQLO Malaysia memperkenalkan Miracle Air, koleksi pakaian workwear yang ringan, selesa, bebas-kedut dan cepat kering untuk mengelevasi gaya profesional anda ke pejabat.
SISLEY BUKA STOR FLAGSHIP PERTAMA DI MALAYSIA
Label fesyen Itali, Sisley melancarkan stor flagship pertama di Malaysia yang terletak di Pavilion Kuala Lumpur.