KENALI JAM TANGAN DIPAKAI 5 LELAKI BERPENGARUH DI DUNIA

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on StumbleUpon

Jam tangan mengambarkan personaliti dan identiti, namun ia turut membawa erti misi dan visi buat lima lelaki berpengaruh abad ini. Kelima-lima dari mereka memiliki seutas (atau mungkin lebih) jam tangan yang berkuasa dan berspesifikasi tinggi, sesuai dengan kuasa dan pengaruh mereka bagi mengubah dunia. Oleh itu GL senaraikan 5 jam tangan yang dipakai oleh 5 lelaki berpengaruh di dunia.

1. BARRACK OBAMA

Bekas presiden Amerika Syarikat ini sering kali memakai jam kegemarannya ini iaitu Jorg Gray 6500 Secret Service Limited Edition. Khabarnya, Obama tidak membeli pun jam ini namun ia diberikan oleh pasukan perkhidmatan rahsianya pada tahun 2007 bersempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke 46. Selain limited edition, jam tangan ini didatangi dengan strap hitam kulit kerbau dengan jahitan kontra putih sebagain identiti jam tangan milik seorang presiden. Jam tangan ini juga mempunyai pembinaan keluli berkualiti tinggi, tahan kesan karat dan calar, permukaan kristal dan ketepatan dihasilkan oleh Citizen Watch Company.

obama

Barrack Obama (Photo credit: fashionbeans.com)

obamawatch

2. DONALD TRUMP

Dah namapun usahawan bukan, Donald Trump turut memiliki rangkaian perniagaan koleksinya tersendiri, termasuk seleksi jam tangan dengan janamanya sendiri, Trump. Pada tahun 2005, Donald Trump melancarkan edisi jam tangan Donald J Trump Signature Collection di mana koleksi jam tersebut menyerupai rekaan TAG Heuer’s Monaco dan Rolex Daytona.

donaltrump

Donald Trump (Photo credit: fashionbeans.com)

donaltrumpwatch

3. JUSTIN TRUDEAU

Perdana menteri kacak dari Kanada ini memilih untuk memiliki jam tangan IWC Regulateur, di mana ia merupakan edisi istimewa dari Frank Underwood, House of Cards. Menawarkan mekanikal pergerakan secara manual dengan plat tiga suku yang diperbuat daripada perak nikel, mengabungkan tradisi dan moden indeks, beserta pelarasan ketepatan memanjang (jenis Jones), jam ini ternyata cukup sesuai dipakai oleh beliau.

TORONTO, ON - OCTOBER 9: Liberal leader Justin Trudeau meets with the editorial board at the Toronto Star in Toronto. (Todd Korol/Toronto Star via Getty Images)

Justin Trudeau (Photo credit: Getty Images)

justintruewatch

4. SHINZO ABE

Perdana Menteri Jepun ini memilih untuk menyarungkan jam tangan dari SARC0913 oleh Seiko, jam tangan automatik dengan 39mm, dengan besi keluli tahan karat bersama dail analog hitam dilindungi oleh kristal hardlex.

r6HNM44

Shinzo Abe (Photo credit: fashionbeans.com)

shinzowatch

5. KIM JONG UN

Kim Jong Un sebenarnya adalah pencinta jam tangan, malah sering kali bertukar selera untuk berbeza acara. Namun, yang paling ketara sering dipakai oleh beliau, menerusi tinjauan oleh Choi Kwang-ryul, juru baiki jam tangan vateran di Korea mendapati jam tangan pilihan pemimpin tertinggi Republik Demokratik Korea itu adalah jam tangan Omega De Ville, berharga dalam anggaran 50 juta!

North-Korea-Kim-Jong-un-swiss-watches-1

Kim Jong Un

Formal-Steel-Cases-Omega-De-Ville-Copy-Watches-By-Kim-Jong-un

Oleh Wan Mohd Firdaus, 22 Februari 2017

Tags: , , , , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.