Teknologi Punca Kemurungan?

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on StumbleUpon
Teks: Johan Kassim
Gambar: Raisa Nor Azzam Penata Gaya: Ardi Idewani Zaini Grooming: Emmy Agung Model: Shan Ratnam
technology-depressed1

Adakah teknologi membuat anda tertekan atau murung? Pakaian: (Kiri) Jaket & seluar, Joe Chia; Kemeja kimono, Tsyahmi. (Kanan) Kemeja T labuh, Rizalmenl Seluar, CK Calvin Klein; Gear VR & Telefon, Samsung.

Percaya atau tidak, berdasarkan pemerhatian, kecanggihan teknologi banyak mencetuskan implikasi negatif sehingga menyebabkan generasi hari ini dibelenggu rasa sedih, kecewa atau tekanan perasaan. Apakah ini yang dinamakan ‘The New Depression’?

The Blocking Game
Ini paling saya tidak faham. Hanya sebab gambar-gambar yang menjengkelkan, tidak berseni atau tidak menarik baginya, terus disekat akaun Instagram teman tersebut. Tetapi bila berdepan, berkawan rapat seperti tiada masalah. Pernah saya dengar orang berkata, “Dia ambil gambar tak cantik. I only like the pictures that are worthy to be liked. If not, saya sekat saja.” Sampai begitu sekali? Lepas beberapa minggu, follow semula. Ok, what are you trying to prove?

“Kenapa Tak Balas?”
Situasi ini antara penyebab utama pasangan bergaduh besar. Lambat terima balasan dan mesej tidak dibaca, antara topik pergaduhan besar. Hanya disebabkan perkara kecil ini, manusia bergaduh sesama sendiri. Kemudian timbullah rasa marah, kecewa dan putus harapan.

Stalking
Setiap saat, periksa Instagram. Kalau tiada update, periksa pula waktu ‘last seen’ di Whatsapp. Lepas itu, periksa pula Tweet-nya, barangkali ada update. Jika masih tiada lagi sebarang update, mulalah rasa stres dan kecewa. Kemudian mulalah fikir perkara-perkara negatif atau membuat kebarangkalian sendiri berpandukan perasaan tidak tenteram ketika itu. Stop assuming because it will make you go crazy.

Attention Seeker
Saya pelik dengan segelintir pengguna media sosial. Sebelum tidur, upload video nak ucap selamat malam. Kalau bosan, upload video memberitahu satu dunia, dia bosan. Paling pelik, menulis status di Twitter, “Siapa mahu keluar date dengan saya?” What?? Adakah generasi hari ini dibelenggu kesepian yang melampau?

Sekarang Juga!
Jujurnya, disebabkan kepantasan teknologi, generasi hari ini mahukan segala benda dengan cepat. Mahu setiap informasi berada dalam tangan kurang dari lima minit. Situasi ini membuatkan kita tidak kenal erti sabar. Pabila sesuatu yang diinginkan tidak didapati dengan cepat, mulalah rasa tidak tenteram, risau dan marah.

“Am I Not Cool Enough?”
Saya pernah kenal kawan yang sering mempersoalkan dirinya setiap kali melihat gambar-gambar pengikutnya dalam Instagram atau Facebook yang keluar berparti, menyambut hari jadi di restoran mewah dan bercuti di negara-negara ternama. Dia akan menyoal pada dirinya, “Mengapa kehidupan aku tidak seseronok mereka?” Tanda-tanda kemurungan bermula dengan wujudnya perasaan sedih yang berpanjangan atau dengan kata lain, individu terbabit tidak boleh menikmati rasa gembira dalam kehidupan sehariannya.

“Sorry, I Don’t Do Selfie”
Sesiapa sahaja yang menampilkan gambar ‘selfie’ pasti dikecam. Dikutuk. Dilabel tidak ada ‘kelas’. Kalau berupa, dipuji. Kalau tidak cantik, dikutuk pula. Ada juga sebilangan orang menganggap selfie is for uneducated people. For people who don’t know what is classy. Ok, are you being judgmental now?

Judgmental
Who are you to judge? Orang yang suka menilai orang lain akan mengakibatkan pelbagai implikasi negatif. Ada sahaja yang tidak disukai. Ada sahaja yang tidak betul. Sekiranya terlalu banyak rasa negatif terkandung dalam minda, ia berpotensi mencetus kemurungan.

“Kenapa Saya Tak Tahu?”
Jika sepuluh tahun lepas, seseorang teman  itu tidak diajak keluar bersama, dianggap dia yang paling tidak disukai. Tetapi hari ini, sesiapa yang tidak di-invite dalam chat group Whatsapp pula dianggap paling tidak disukai. Mereka lebih suka melihat individu itu terpinga-pinga sendiri apabila topik yang dibualkan dalam group itu tidak diketahui oleh individu tersebut. Perasaan terasing atau bersendirian akan membuatkan individu itu mengalami tekanan.

“I Have 30,00 Followers. You?”
Banyak orang hari ini berbangga dengan jumlah pengikut mereka. Bukan itu sahaja, ada yang sanggup delete gambar hanya kerana jumlah ‘like’ sedikit. Adakah ini penanda aras baru menunjukkan sama ada anda disukai atau dibenci?

Low Self Esteem
Ramai pengguna juga tanpa segan silu gemar memuat naik gambar-gambar shirtless menonjolkan susuk tubuh tegap. Dan yang wanita pula gemar menunjukkan sisi kecantikan masing-masing. Tahu atau tidak, bagi mereka yang berasa tidak memiliki rupa paras yang cantik atau tidak berbentuk badan sasa, ini akan rasa rendah diri lantas mengurangkan keyakinan diri. Aspek ini boleh mengakibatkan tekanan atau bebanan.

Jalan Akhir, Bunuh
Pegangan agama yang semakin longgar di kalangan remaja atau golongan muda akibat pengaruh internet turut menyebabkan mereka hilang pedoman sehingga sanggup membunuh. Ini sudah terjadi dalam kes Alexandra V. Tobias yang membunuh anak lelakinya usia tiga bulan kerana mengganggu konsentrasinya semasa bermain ‘Farmville’ di Facebook.

*Artikel ini disiarkan dalam GLAM Lelaki edisi April 2014

Tags: , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.