KOLABORASI JADEN SMITH DAN CARA DELEVINGNE

Jaden Smith dan Cara Delevingne bakal bekerjasam untuk sebuah filem baru Life in A Year sebuah kisah cinta yang tragik. Mengikut laporan Deadline, Life in A Year mengikuti kisah seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang ingin membantu teman wanitanya merasai kehidupan sepenuhnya dalam tempoh setahun sahaja yang dia punyai untuk hidup.

(Photo credit: empireonline.media)

Filem ini menandakan kepulangan Jaden Smith ke layar perak setelah bertahun menyepikan diri walaupun dia kini sibuk dengan rancangan Netflix, The Get Down. Buat Cara pula, Life in A Year merupakan filem genre Young Adult keduanya selepasPaper Towns. Filem ini akan diarahkan oleh seorang pengarah dari Slovenia Mitja Okorn dan ini juga merupakan cubaan pertamanya untuk mengarah filem berbahasa Inggeris.

Sumber: GLAM Malaysia

Tags: , , , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.