“I AM A LATE BLOOMER…” – NAM RON

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on StumbleUpon

Kebiasaannya, pabila usia sudah menjangkau 50 tahun, ramai yang berfikir untuk berehat dan memilih untuk ‘slow down’. Namun, Nam Ron bukan orang biasa. The consummate artist – pengarah, penulis skrip, pelakon untuk teater, TV mahupun filem – Nam Ron merasakan umur bukanlah benteng untuk terus berkarya, sebagaimana yang digambarkan oleh watak barunya sebagai seorang crossdresser lanjut usia dalam telefilem Hadrah, arahan Sabri Yunus. Dengan empat buah filem bakal ditayangkan tahun ini, perjalanan seni Nam Ron tak mengenal erti ‘slowing down’. “At 48 years old, I am at my peak!”

Dilahirkan di sebuah pekan kecil di Kangar, Perlis, Shahili Bin Abdan diberi nama jolokan ‘Nam Ron’ yang bermaksud “ayaq hangat” di dalam bahasa Thai. Ceritanya, semasa kecil Nam Ron tidak boleh duduk diam, sentiasa aktif bagaikan orang yang dicurahkan air panas. “Kami adik-beradik diajar sejak kecil oleh ibu dan bapa untuk berdikari sehinggakan jiran-jiran menggelar kami ‘anak penyu’. Saya mula mahir membaca dan menulis ketika saya berumur 15 tahun dan di sekolah, I was regarded as a slow learner,” kongsi Nam Ron menceritakan serba sedikit latar belakangnya.

I didn’t expect for it to receive that much attention, but I have been receiving consistent orders.” Katanya lagi, “Ianya resepi isteri saya. Bagus juga ada side project seperti ini dan tidaklah saya terlalu bergantung pada bidang seni. Jika ianya dikembangkan, mungkin saya akan mempunyai lebih banyak kebebasan dan bukannya terpaksa berlakon semata-mata untuk membayar bil,” seraya mengakui bahawa ada yang telahpun menghubunginya untuk melabur di dalam perniagaan pulut kuning tersebut.

Dengan repertoire yang sangat mengagumkan, dari pentas teater ke drama televisyen langsung ke layar perak, Nam Ron begitu sinonim dengan karya-karya genre berat sambil memegang peranan penuh berkarakter. Projek-projeknya yang akan datang juga tidak terkecuali. Tidak lama lagi, Nam Ron bakal terlibat di dalam pementasan teater adaptasi berunsur absurd tragicomedy, Waiting for Godot, karya Samuel Beckett dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh Ahmad Yatim. Turut terlibat di dalam pementasan ini adalah seorang lagi ikon perfileman dan pementasan teater tanahair iaitu Dato’ Rahim Razali. “The great Ahmad Yatim used to be my lecturer at Akademi Seni Kebangsaan. Mungkin dia adalah seorang yang amat private di kalangan umum, tetapi tidak pernah lokek berkongsi cerita dan pengalaman dengan pelajar-pelajarnya. Sesungguhnya dia seorang yang amat saya hormati.”

“Alhamdulillah, saya bakal muncul di dalam empat buah filem back to back. Satu lagi bertajuk Safari Mall, sebuah filem berunsur komedi, seram dan aksi. It’s a creature movie and the production was made up by a majority of young people. Saya amat teruja kerana dengan keadaan ekonomi yang agak merudum ketika ini, ia tidak melemahkan semangat penggiat seni kreatif terutamanya dari industri perfileman untuk terus berkarya. Ada yang mengatakan bahawa kualiti lebih penting daripada kuantiti, tetapi bagi saya, di dalam kuantiti yang terhasil itu, pasti akan lahir kualiti yang boleh dibanggakan. Content itu yang paling penting. Jika kita ada content yang kuat, secara automatik, filem itu boleh berdiri.”

Jelas sekali, faktor umur bukanlah penghalang buat Nam Ron untuk terus giat berkarya malah namanya semakin meniti di bibir penggiat dan peminat seni tanahair. Di dalam industri yang kian mempertaruhkan populariti muka-muka baru dan bintang-bintang sosial media, Nam Ron bergerak melawan arus. Dan mendengar Nam Ron bercerita tentang penglibatannya di dalam projek-projek hebat ini aku bagaikan terpaku. Jarang sekali seorang aktor di dalam industri seni tempatan mendapat peluang mencabar stereotaip sepertinya. Justeru aku bertanya, “Adakah anak seni bernama Nam Ron ini begitu memilih sebelum menerima sebarang tawaran berlakon, dan apakah rahsianya yang boleh dikongsi untuk pelakon-pelakon generasi baru?” Dia lantas menjawab, “Tidak sama sekali. You have to understand that I am a late bloomer. Segala-galanya yang berlaku di dalam kehidupan saya bagaikan lewat 10 tahun. Saya selesai belajar di ASK di kala umur sudahpun mencecah 30 tahun. Pada tahun 2001, saya berjinak-jinak menulis dan mengarahkan teater punk skinhead Gedebe di dalam dialek Kelantan yang diadaptasikan daripada teks Julius Caesar, karya penulis agung Shakespeare. Ia diikuti pula dengan pementasan teater one-man show, MatDerihKolaPerlih. Itu pun kerana saya ingin mencabar diri sendiri dan bersemuka dengan fobia stage fright saya yang amat kronik.”

Jelas Nam Ron lagi, “Filem pertama saya, Paloh, dikeluarkan pada tahun 2003 iaitu ketika saya sudahpun berumur 34 tahun. Saya mula fokus di dalam bidang lakonan bermula tahun 2010, dan sebelum itu saya cuma menjadi pensyarah sambilan di ASK. But once I was in, I never looked back. Acting became an obsession dan saya mendapat kepuasan yang berlainan sekiranya dapat memainkan peranan yang boleh dianggap outside the box. Saya bersyukur kerana diberi kepercayaan terlibat di dalam filem-filem hebat seperti Gubra di bawah arahan arwah Yasmin Ahmad dan Bunohan oleh Dain Said. Jika dikira, saya baru tujuh tahun bergiat di dalam bidang ini. Mungkin kerana umur, latar belakang dan karakter saya sendiri di luar set, saya seringkali ditawarkan watak yang amat kompleks. Tiada rahsia untuk saya kongsi. Apa yang saya boleh katakan di sini adalah, right at this moment, at 48 years old, I am at the peak of my career.”

Nam Ron mengakui bahawa dia juga seorang late bloomer di dalam kehidupan peribadi. “Saya berkahwin pada umur 35 tahun dan anak pertama saya dilahirkan pada ketika umur saya telah pun mencecah 37 tahun. I now have three young children who are the love of my life.” Tambahnya lagi, “I spent a big chunk of my life not having to worry about other people. Kalau saya tiada kerja atau tiada duit, itu masalah saya. I was even homeless once. Saya mula menyewa bilik ketika saya berumur 30-an. Segalanya berubah ketika saya mula berkeluarga dan mengenali erti tanggungjawab. Jika tiada job, saya pasti akan risau. Setiap masa yang terluang, saya akan habiskan bersama isteri tercinta dan anak-anak. Bayangkan filem-filem yang saya tonton di pawagam kini sebahagian besarnya adalah filem animasi seperti Inside Out dan Zootopia. Saya bagaikan tidak sanggup untuk meninggalkan anak-anak untuk menonton filem yang saya ingin tonton. Don’t get me wrong; I really enjoy being a father. It gives me perspective.

Teks: Jiman Casablancas
Gambar: Ridduan TTFGA Ismail

Arahan Seni: Abdul Aziz Draim & Ridduan TTFGA Ismail
Penata gaya & penyelaras: Abdul Aziz Draim
Grooming & rambut: Wira Kastrya
Pakaian: Calvin Klein & Emporio Armani
Oleh Editorial GLAM Lelaki (Diambil dari Isu Jun 2017)

Tags: , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.