Skip to content

TAHNIAH JAZEMAN, KHAIRUL!

Kongsikan artikel ini

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pelumba permotoran negara, Khairul Idham Pawi dan Jazeman Jaafar yang masing-masing dinobatkan sebagai Pelumba Motosikal (dua roda) dan Kereta Terbaik 2016 (empat roda) dalam majlis Anugerah Sukan Pemotoran Malaysia SIC-MAM yang berlangsung malam tadi.

invi gala

Photo credit: careta.my

Capture

(Ihsan foto: @motogpmaniamalaysia)

Dengan jolokan SuperKip, Khairul Idham menerima anugerah itu apabila melakar sejarah muncul pelumba pertama negara memenangi perlumbaan Moto3 di Grand Prix (GP) Argentina dan Jerman dalam Kejuaraan Motosikal Dunia musim lalu.

Manakala pelumba berbakat negara, Jazeman Jaafar merangkul anugerah tersebut selepas melaksanakan pemanduan cemerlang menjuarai saingan Blackpain GT di Litar Silverstone, tahun lepas.

Malam itu turut menyaksikan pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah memenangi Anugerah Pelumba Malaysia Pilihan Peminat.

Capturesf

(Sumber foto: Instagram @hafizh_syahrin)

Anugerah ini yang pertama kali dianjurkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dengan kerjasama Persatuan Sukan Pemotoran Malaysia (MAM) adalah bertujuan untuk mengiktiraf sumbangan individu yang banyak menyumbang untuk pembangunan sukan permotoran negara. Tahniah kepada semua pemenang!

Sumber: Harian Metro

Oleh Wan Mohd Firdaus, 14 Januari 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut
makanan Lelaki

5 MAKANAN YANG LELAKI PERLU ELAK UNTUK ZAKAR LEBIH KUAT

Bacaan Lanjut
FILA x Smiley®

“COOL ON COURT” FILA X SMILEY MELANCARKAN KOLEKSI INSPIRASI SUKAN TENIS

Bacaan Lanjut

RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut

“USAH RISAU TENTANG KEMASYHURAN DAN KEKAYAAN, IA AKAN DATANG SENDIRI” – DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
Tomok diangkat sebagai Alphamen GLAM Lelaki 2023

“JANGAN MUDAH LEKA DAN LALAI DENGAN SEGALA IMPIAN YANG INDAH DI LUAR SANA” – TOMOK #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut