Sejak dulu lagi, haruman Invictus untuk lelaki dan Olympéa untuk wanita daripada Paco Rabanne berkongsi identiti yang berinspirasikan mitos Yunani. Berani dan bold, setiap varian Invictus dan Olympéa bermain dengan idea kemenangan yang direstui dewa-dewa kayangan.

Fantasi itu kembali musim ini dalam iterasi baru setiap satu wangian popular ini, iaitu dalam bentuk Invictus Legend dan Olympéa Legend.

Seperti varian sebelumnya, edisi Invictus Legend ini masih jujur pada identitinya: wangian ini amat ‘jantan’. Tapi juga mewarisi suatu kesegaran yang sensual, hasil daripada adunan ramuan pokok laurel, limau gedang dan geranium-metalik. Bezanya, formula Invictus Legend kali ini mewujudkan satu ‘pertempuran’ antara yang sejuk dan panas. Yakni di antara kedinginan penyatuan marin ambar dan kayu, dengan kehangatan rempah kayu. Hasilnya haruman yang membara dengan suatu kesegaran metalik, ibarat suntkan adrenalin. Sebagai simbol kuasa seorang juara yang gagah dan sukar untuk ditumpas.

1 of 8

Pasangan Luma Grothe & Nick Youngquest selaku duta haruman Paco Rabanne Olympéa dan Invictus.

1 of 8