Jika dulu mainan berpapan popular Monopoly dijadikan sumber inspirasi, tahun ini permainan arked kegemaran belia era ’80-an, Pac-Man pula dipilih untuk meraikan edisi istimewa wangian Paco Rabanne 1 Million.

Tampil berpasangan dalam jelmaan 1 Million Pac-Man™ Collector Edition untuk lelaki dan Lady Million Pac-Man™ Collector Edition untuk wanita, haruman Paco Rabanne Collector Edition kali ini diraikan dengan penuh energi dan keterujaan di stor pop-up istimewa Million X Pac-Man™ bertempat di Fashion Avenue, Pavilion Kuala Lumpur, yang berlangsung Julai lalu.

(Dari kiri) Mark O’Dea, Lucas Lau, Rubini Sambanthan, Mel, Andre Amir & Nigel Chin meraikan Paco Rabanne Million X Pac-Man™

Berkilau dengan cukup glamor, stor pop-up ini turut dimuatkan beberapa konsol arked permainan retro Pac-Man versi serba emas untuk hiburan pengunjung. Di majlis pelancarannya, tetamu istimewa di kalangan komuniti selebriti dan influencer seperti Mark O’Dea, Andre Amir, Lucas Lau, Nigel Chin, Rubini Sambanthan dan Nia Atasha rancak mencuba nasib mereka untuk memungut mata tertinggi dalam permainan Pac-Man sambil mendekati haruman ikonik ini.

1 of 6

Paco Rabanne Million X Pac-Man™ 

Rekaan unik haruman Paco Rabanne 1 Million Pac-Man™ Collector Edition

1 of 6