TRANSFORMASI GWILYM PUGH: DARI ‘UGLY DUCKLING’, KINI WAJAH EKSLUSIF PRODUK DAVID BECKHAM

Anda bukan tidak kacak, anda cuma..malas! Ya, itulah gambaran yang boleh GL katakan pada Gwilym Pugh, seorang lelaki biasa berusia 33 tahun yang memulakan syarikat insurans hanya bilik tidur akibat penyakit lutut yang dialaminya. Bekerja dari rumah telah menyebabkan Gwilym mengalami kenaikan berat badan yang mendadak, iaitu sebanyak 280 paun dilaporkan.

Namun, satu ‘keajaiban’ berlaku pada suatu hari di mana tukang gunting rambutnya menyuruh Gwilym untuk membela jambang dan menurunkan berat badannya. Pada mulanya, ia nyata sukar untuk buatnya, namun atas dedikasi dan determinasi, lihat saja transformasi dirinya.

“Saya boleh dikatakan overweight, dan bekerja 12 jam sehari dari rumah, perniagaan berjalan dengan baik tetapi saya memutuskan saya perlu menjalani kehidupan yang lebih sihat daripada yang sekarang ini,” jelasnya pada Daily Mail.

Dan sekarang Gwilym yang berumur 33 tahun kini bekerja di bawah bumbung agensi model AMCK London. Dia juga turut bekerjasama dengan jenama Vans, Bud Light, Diesel, dan nama-nama besar lain. Yang paling menarik, kerja kerasnya juga membuahkan hasil apabila dirinya dilantik menjadi duta bagi jenama David Beckham untuk produk lelaki, House 99! Bayangkan, instaram akaunnya juga turut mendadak naik dan telah mengumpul sebanyak 309k pengikut. Malah dirinya turut disunting untuk pengambaran sebuah majalag terkemuka, iaitu GQ!

Oleh Wan Mohd Firdaus, 27 Mac 2018

Tags: , , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.