ADIDAS PERKENALKAN CRAZY EXPLOSIVE 17

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on StumbleUpon

Adidas hari ini mengumumkan produk baru mereka, iaitu Adidas Crazy Explosive 2017. Kasut yang direkakan khas buat mereka yang mengemari sukan bola keranjang ini diciptakan khas bagi meningkatkan keupayaan dan keyakinan anda menghadapi persaingan pada setiap langkah dan pergerakkan.

Crazy Explosive 17 turut memperkenalkan teknologi Primeknit – yang pertama kali diciptakan untuk memperkuatkan kawasan tertentu dengan memberikan kestabilan dan mencipta dinamik tidak seperti kasut sukan yang lain. Tali di pergelangan kaki diperkemaskan agar ia tidak mudah tergelincir mahupun tertanggal. Manakala kusyen Boost pada kasut ini dibaluti TPU untuk daya tarikan lebih baik sewaktu bermain. Direka untuk postur, pelaksanaan Crazy Explosive 17 ini turut mencipta corak gelombang tinggi di atas untuk estetik berani dalam mengekalkan ketahanan.

Crazy Explosive 17 datang dengan primeknit Putih dan Kelabu, kini boleh dimilik dengan hanya RM270 sepasang dan sudah mula dijual sepanjang tahun ini.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 26 Julai 2017

Tags: , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.