Skip to content

FASHION ON WHEELS TRAK FESYEN PERTAMA MALAYSIA

Kongsikan artikel ini

Konsep trak fesyen bukanlah baharu. Ia telah diadaptasi jenama-jenama gergasi antarabangsa sebagai satu bentuk promosi bergerak. Di Malaysia, ia belum pernah diperkenalkan mana-mana jenama. Peluang yang ada itu digunakan sepenuhnya Lenny Farina Hazree untuk mengasaskan trak fesyen pertama Malaysia, Fashion on Wheels (FOW).

Tercetusnya FOW adalah bagi memudahkan pengguna untuk membeli busana menjelang musim perayaan Aidilfitri. Dengan hampir 15 jenama popular di Malaysia, nantikan trak merah jambu FOW yang akan bersingah ke 10 lokasi di sekitar Lembah Klang.

Dengan adanya FOW, para pengguna boleh memilih fesyen terkini hari raya tanpa perlu ke manamana. Trak FOW akan datang ke tempat yang telah dipilih dan orang ramai boleh membeli-belah dengan mudah.

“Sambutan tahun ini akan menjadi penentu untuk gerak kerja pengurusan dan promosi tahun depan. FOW menjangkakan penambahan lokasi dengan capaian di luar Lembah Klang menjelang Aidilfitri tahun depan,” jelas Lenny Farina pada majlis pelancaran FOW di Tasik Perdana.

Menggunakan konsep vendor, kesemua jenama di bawah bumbung trak FOW meliputi pakaian untuk lelaki dan wanita, kanak-kanak, tudung serta aksesori. Jenama yang terlibat ialah Minaz, Jameqha, Bella Ammara, Locka, By Fatin Suhana, Shawl Publika, Jannahnoe, Cattleya, Scarfeya, Alkhautar, Zarra Sinar Puteri, Teruna by Hafiz Mahamad, Riaz Arshad, Jelitasara, Sofea Rose, Mummu Scarf, Kaizer Scarf, Syafiqah Aina Hijab, Ravaka dan Rumah Manik.

Trak FOW akan bergerak ke lokasi pertama pada 21 Mei 2018 di Surian Tower, Damansara bermula puku 10 pagi hingga 5 petang. Jelajah FOW akan berkahir pada 9 dan 10 Jun 2018 di Pullman Lakeside, Putrajaya bermula pukul 4 petang hingga 10 malam. Berikut merupakan jadual pergerakan FOW: 

 

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Rizal Rasid #GLBlackWhiteSeries

“SAYA AKAN MEMILIH ERNIE ZAKRI” – RIZAL RASID #GLBLACKWHITESERIES

Bacaan Lanjut

5 GAYA FESYEN BRIGHT VACHIRAWIT PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut
Uniqlo miracle air

5 SEBAB ANDA PERLU MELENGKAPKAN GEROBOK WORKWEAR ANDA DENGAN UNIQLO MIRACLE AIR

Bacaan Lanjut
Sisley Malaysia

SISLEY BUKA STOR FLAGSHIP PERTAMA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN VALENTINO LE CIEL MEN FALL/WINTER 2024 DI SINI

Bacaan Lanjut