Skip to content

TIP DAPATKAN KULIT HIDRAT SEWAKTU BULAN PUASA LELAKI PATUT AMBIL TAHU

Kongsikan artikel ini

Kulit mudah menjadi kering pada bulan Ramadan, lebih-lebih lagi jika bekerja dałam pejabat yang mempunyai penyaman udara. Ikuti tip berikut untuk mendapatkan kulit yang hidrat sepanjang bulan puasa nanti. 

Cuaca tidak menentu sepanjang bulan Ramadan pasti memberi kesan pada wajah. Sama ada hujan atau terik matahari akan buatkan kulit lebih kering dan dehidrasi. Jadi bagaimana untuk seorang lelaki mendapatkan kulit yang hidrat sepanjang bulan puasa ini? Kami ada caranya.

Beberapa tip dan solusi boleh lelaki cuba untuk mendapatkan kulit yang sihat dan bertenaga. Seperti anggota badan lain, kulit juga memerlukan nutrisi dan sumber tambahan untuk kekal hidrat. Lebih-lebih lagi ketika bulan puasa yang panas sepanjang hari. Oleh itu, lelaki boleh mencuba untuk mencuba beberapa tip ini ketika bersahur atau buka puasa untuk kulis yang hidrat.

Berikut dalam tip untuk mendapatkan kulit yang hidrat ketika puasa sepanjang bulan Ramadan:

TIP DAPATKAN KULIT HIDRAT SEWAKTU BULAN PUASA LELAKI PATUT AMBIL TAHU

1. Air Suam

Sewaktu sahur, apa kata anda mulakan dengan meminum air suam atau masak yang banyak bagi memastikan anda kekal hidrasi.

 

 

2. Makanan Protein

Banyakkan pengambilan makanan protein tinggi seperti telur dan minum susu. Jika anda tidak meminati makanan berat kala bersahur, boleh cuba buah-buahan yang tinggi kandungan air seperti tembikai, anggur atau tomato.

 

 

 

3. Makanan Pedas

Elakkan mengambil makanan pedas. Kenapa? Ia sebenarnya akan menyerap dan mengurangkan lembapan dengan mengeluarkan haba dari dalam badan.

 

 

4. Pelembap Kulit

Oles pelembap pada waktu malam, sekiranya anda mempunyai pupur tidur (sleeping mask) pakailah setiap hari. Ia dapat membantu merawat kulit anda yang dehidrasi.

 

 

5. Cuci Wajah

Cuci wajah dengan air sahaja di waktu pagi, ia akan memberi lembapan yang lebih berpanjangan. Kerana mencuci wajah dengan pencuci akan lebih mengeringkan kulit.
Sumber: EH! 22 Mei 2018

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

Bacaan Lanjut
ALPHA

ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI

Bacaan Lanjut

5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA

Bacaan Lanjut
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

Bacaan Lanjut
DIOR CRUISE 2027 IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD

DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD

Bacaan Lanjut