KILAU-KEMILAU

Teks: Ardi Idewani Zaini  Gambar: TPG

MUSIM LURUH DINGIN KELAK, PENTAS MENSWEAR MENGEMBALIKAN METALIK – SESUATU YANG BUKAN BARU DALAM DUNIA PENGGAYAAN LELAKI. MUSIM BUNGA PANAS TIGA TAHUN LEPAS SUDAH PERNAH MELETAKKAN METALIK SEBAGAI GAYA DOMINAN… MUNGKIN KALI INI, MAHU MEROMBAK SEMULA METALIK TETAPI DALAM KONSEPTUAL BERBEZA PULA?

opening

IDEA GAYA: Jika masih kurang yakin dengan metalik, ‘sembunyikan’ ia dengan gaya yang klasik atau kontemporari. Yeah, it works. (keseluruhan gaya, Versace)

Sekali lagi, metalik dikutip semula namun untuk Musim Luruh/Dingin pula. Kali ini, terciptanya statement rasa mewah kerana digabung bersama siluet serta gaya Musim Luruh/Dingin yang rata-ratanya dikaitkan dengan stail yang… mewah.

Versace antara yang memberi nafas baru kepada metalik, diinsipirasikan daripada tema lelaki di angkasa lepas. Dengan mengolahnya dalam rupa sleek bersama teknik jahitan klasik dan material yang digunakan merujuk kepada atmosfera galaksi. Pada kot panjang, seluar dan jaket aviator, yang semuanya nampak cukup berani.

Calvin Klein pula menyalur tenaga yang lain menerusi himpunan 42 gayanya. Antaranya adalah ceraian metalik yang turut sama ada. Calvin Klein menggunakan metalik daripada material seperti kerajang logam menghidupkan tekstur dan sudah tentu, membiaskan kemewahan. Diperbaharui esennya pabila digabung bersama helaian-helaian kontemporari dan entah kenapa, ia nampak kohesi. Warna perak juga diperjuangkan oleh Xander Zhou di London pabila dia tidak ketinggalan mempersembahkan satu gaya kot panjang metalik yang dimadukan bersama aksesori kasut daripada palet warna yang sama. Namun ceraian kotnya digabung padan dengan jaket jingga di dalam dan menampakkan keseluruhan ideanya menjadi. Lantas membuahkan fikiran kami, adakah sebilangan pereka untuk musim luruh mahukan sesuatu yang unexpected? Biar lelaki punya lebih selera dari segi bergaya? You never know.

Jan. 9, 2016 - London, ENGLAND - Astrid Andersen.MEN MODEL ON CATWALK, WOMAN, LONDON FASHION WEEK 2016 WOMEN READY TO WEAR FOR FALL WINTER, DEFILE, FASHION SHOW RUNWAY COLLECTION, PRET A PORTER, MODELWEAR, MODESCHAU LAUFSTEG AUTUMN HERBST .LONMFW16 (Credit Image: © PPS via ZUMA Wire)

1.Astrid Andersen FW 2016  2. Bront Palarae, GLAM Lelaki Mac 2013  3. Filem ‘The Fifth Element”  4. Zayn Malik di MET Gala 2016 “Manus X Machina”

PILIHAN PRODUK KILAU-KEMILAU

alexander-mcqueen-2-tile-e

Tags: , , , , , , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.