Pereka fesyen terkenal John Varvatos baru-baru ini mengumumkan kolaborasi dengan Nick Jonas, yang juga wajah baru untuk jenama itu. Kedua-dua mereka mengumumkan koleksi, JV x NJ, yang menampilkan item-item fesyen terhangat yang diilhamkan oleh Jonas sendiri, seperti jaket kulit dan pakaian rajut (knitwear).

Memilih untuk menghasilkan koleksi berilhamkan muzik, inspirasi ini datangnya dari bandaraya Detroit. Jelas Nick dalam satu temubual, “Sudah banyak kali saya melakukan persembahan di beberapa venue muzik ikonik di sana, dan sejujuranya saya sukakan bandar tersebut. Jadi, saya terfikir apa kata tunjukkan kasih sayang dan menghormati beberapa ikon muzik yang lahir di bandar tersebut”.

Kata Varvatos pula, ini pertama kali labelnya berkolaberasi bersama artis dan semestinya mengharapkan lebih banyak kerjasama di masa hadapan. Saksikan gambar-gambar aksi Nick Jonas memperagakan koleksi JV x NJ di bawah.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 23 Januari 2018