Skip to content

LEVI’S DAN GOOGLE HASILKAN JAKET PINTAR

Kongsikan artikel ini

Syarikat denim popular, Levi’s baru-baru ini bergabung dengan sebuah firma teknologi terkenal, Google dalam menghasilkan jaket denim yang dicipta khas untuk berhubung dengan telefon pintar. Khabarnya, jaket berkenaan menggunakan fabrik berteknologi tinggi yang berfungsi sebagai penghubung. Walau kelihatan seperti jaket yang biasa, Commuter Trucker Jacket  with Jacquard by Google ini direka khas untuk kedua-dua gender, lelaki dan wanita, jaket denim biru gelap ini juga mengekalkan keselesaan seperti denim Levi’s yang lain kepada si pemakai.

Teknologi jaket ini boleh didapati di bahagian lengan sebelah kiri yang diperbuat daripada bahan denim yang sedikit berbeza yang telah ditenun dengan benang konduktif, membolehkan lengan bertindak sebagai pad sentuh interaktif untuk jaket. Malah, touchpad ini dikuasakan oleh “tag” yang boleh dicas semula dan diaktifkan melalui bluetooth. Dengan hanya menyentuh bahagian lengan pada jaket tersebut, pemakai boleh memberhentikan atau melangkau susunan lagu serta dapat menggunakan aplikasi Google Maps tanpa perlu mengeluarkan telefon pintar daripada poket. Hebat bukan!

Dikuasakan oleh Sistem Jacquard, jaket ini turut dilengkapi butang yang menghubungkan benang dalam poket jaket ke peranti pintar di mana ia sesuai digunakan untuk telefon pintar jenis Android atau iOS. Malangnya, jaket jean ini ialah kainnya yang hanya boleh bertahan dibasuh selama 10 kali sahaja kerana bahagian lengannya yang sensitif. Khabarnya, jaket ini hanya dijual di beberapa premis terpilih di Amerika Syarikat sebelum dipasarkan melalui laman web rasmi Levi’s dan dianggarkan bernilai sekitar AS$350 (RM1,472).

Oleh Wan Mohd Firdaus, 23 Oktober 2017

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GLAM LELAKI MOST STYLISH 2023

Bacaan Lanjut
10 MOMEN FESYEN KARPET MERAH TERBAIK SEPANJANG 2023

10 MOMEN FESYEN KARPET MERAH TERBAIK SEPANJANG 2023

Bacaan Lanjut

6 MASALAH GAYA YANG SERING DIHADAPI LELAKI MENURUT PAKAR FESYEN

Bacaan Lanjut
8 MOMEN FESYEN TERBAIK POWER COUPLE HOLLYWOOD PADA 2023

8 MOMEN FESYEN TERBAIK POWER COUPLE HOLLYWOOD PADA 2023

Bacaan Lanjut
10 STAIL SELEBRITI LELAKI YANG MENCURI PERHATIAN DI FASHION AWARDS 2023

10 STAIL SELEBRITI LELAKI YANG MENCURI PERHATIAN DI FASHION AWARDS 2023

Bacaan Lanjut
10 GAYA SEGAK SELEBRITI DI KARPET MERAH ACADEMY MUSEUM GALA

10 GAYA SEGAK SELEBRITI DI KARPET MERAH ACADEMY MUSEUM GALA

Bacaan Lanjut