Muji, antara jenama pakaian terkenal kini hadir dengan rekaan ekslusif jeans dengan poket khas yang keenam bagi tujuan meletak telefon pintar anda. Seluar jeans denim khas Muji akan menampilkan poket yang lebih kemas yang tidak akan menimbulkan bonjolan saat telefon dimasukkan ke dalam poket seluar.

Poket khas untuk telefon itu terletak di bahagian belakang seluar, dan terletak lebih tinggi daripada poket belakang biasa di sebelah kanan jeans. Yang pasti, rekaan jeans berpoket keenam hasil dari Muji ini adalah untuk menghapuskan ilusi bonjolan di bahagian poket hadapan. Malah, poket itu sengaja direka di bahagian tepi jeans bagi mengelakkan anda terduduk di atas telefon anda.

Selain itu, meletakkan telefon anda dalam poket yang berasingan akan mengelakkannya daripada bersentuhan dengan objek-objek harian lain yang anda letakkan di dalam poket seperti kunci, pen dan syiling. Dengan ini, telefon pintar anda akan selamat dan kurang terdedah kepada calar.

Poket jeans terbabit boleh memuatkan telefon pintar saiz Apple iPhone 6 atau iPhone 7 dengan sarung yang kecil. Telefon Android bersaiz Samsung Galaxy S7 juga dilaporkan boleh dimuatkan dalam poket khas itu,  Malah, yang menariknya seluar ini juga berguna bagi mengelakkan dari penyeluk saku untuk mencuri telefon anda kerana poketnya tersembunyi dibawah baju. Hebat bukan!

Oleh Wan Mohd Firdaus, 25 Mei 2017