Bintang tenis terkemuka, Rafael Nadal ‘bergabung’ semula dengan jenama pakaian popular, Tommy Hilfiger untuk kempen spring-summer untuk tahun 2017. Untuk koleksi kempen  yang diberi nama THFLEX ini, aksi Rafael dirakam di Palm Springs California dan mendapat sentuhan jurugambar berbakat Mikael Jansson.

Dalam kempen ini, Rafael kelihatan segak beraksi di dalam elemenya menyarungkan persalinan sut jahitan terbaik yang direka khas oleh pereka Tommy Hilfiger. Jelas mereka, “Kami amat berbesar hati Nadal bersetuju untuk meneruskan kerjasama dengan jenama kami. Beliau adalah atlet yang berbakat besar dan sut THFLEX ini cukup sempurna mencerminkan gaya moden dan stail effortless beliau.

Layari pautan di bawah untuk video eksklusif kempen ini.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 12 April 2017