TIP PENJAGAAN KASUT YANG BETUL UNTUK LELAKI

Kasut adalah antara eksesori utama bagi sesiapa pun terutama sekali buat kaum lelaki. Namun penjagaan kasut tidak sama seperti penjagaan baju dan lain-lain. Lelaki adakala tersilap langkah dalam teknik penjagaan kasut yang betul. Akibatnya, kasut mudah lusuh, usang dan  end up di dalam tong sampah. Jadi, GL senaraikan 3 teknik asas penjagaan kasut utama yang perlu semua lelaki ambil tahu.

Processed with VSCO with a6 preset

1. BASUH ATAU LAP SEMINGGU SEKALI

Kebanyakkan lelaki membiarkan kasut kotor sehingga kering terutama sekali selepas hujan. Anda salah! Tindakan ini hanya akan lebih sukar untuk membersihkannya. Walaupun anda sudah menggunakan pengalis air, atau sneaker anda adalah jenis material kulit, tetapi tali dan jahitan kasut anda masih boleh menyerap kotor dan berubah warna. Oleh itu, amalkan untuk membasuhnya sekurang-kurang seminggu sekali. Jika anda malas sekalipun, anda masih boleh menggunakan tisu basah, kain basah dan jika jenis kain anda boleh gunakan berus, contohnya berus kasut atau berus gigi untuk membersihkannya.  Jangan biarkan ia tidak dijaga.

hello.jcrew_-768x416

(Photo credit: JCREW)

2. GUNAKAN SEMBURAN KALIS AIR

Air dan semburan kalis air adalah sangat berguna jika anda pergi ke tempat kerja memakai kasut dari material kain. Untuk kasut yang jenis material menyerap seperti  nubuck atau pun suede, semburan kalis air adalah salah satu idea bijak dalam melindungi kasut anda itu. Yang pasti, amalkan sembur keseluruhan kasut, biarkan semalaman dan ulang.

56420879

juice-768x512

3. SIMPAN KASUT DALAM KOTAK, BUKAN DI DALAM RAK

Antara kesilapan utama lelaki, (mungkin juga perempuan) adalah meletakkan kasut di dalam rak. Ya, ini mungin disebabkan oleh kuantiti kasut yang banyak, namun sebenarnya ia hanya mengumpulkan debu dalam semua kedutan dan rekahan kasut anda apabila ia  ditinggalkan, dan seterusnya mempercepatkan lagi kadar rekahan serta kotoran. Cadangan kami, simpankan sasut di dalam kotak kasut dan tutupnya dengan betul-betul. Pastikan kasut anda kering dan tidak bertindih.

NB1

Oleh Wan Mohd Firdaus, 23 Februari 2017

Tags: , , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.