VANS LANCARKAN KOLEKSI KHAS SPONGEBOB SQUAREPANTS

Woah! Merecik! Jenama kasut terkemuka, VANS baru-baru ini melancarkan koleksi terbaru hasil kerja sama dengan saluran Nickelodeon untuk kartun popular mereka, SpongeBob Squarepants. Buat mereka yang membesar dengan kartun kegemaran ramai ini, sudah pasti ini satu keterujaan menyarung sesuatu yang amat dekat dalam hati bukan?

Yang menariknya, koleksi ini hadir bukan saja dalam bentuk kasut, tetapi termasuk baju dan aksesori. Dua model Sk8-Hi, satu model authentik dan satu model Slip-On telah pun dilancarkan. Menerusi koleksi super hot ini, anda boleh saksikan watak-watak ikonik seperti Patrick, Spongebob, Mr. Krab dan ramai lagi warga Bikini Bottom membuat khas kemunculan dalam koleksi ini.

Namun koleksi ini dikatakan sangat-sangat terhad kerana di bawah koleksi Vault. Ianya hanya akan dijual di butik Vans Vault. Dan lokasi paling dekat adalah di Dover Street Market Singapura. Koleksi ini akan dijual pada harga USD46 hingga USD260 (RM180 – RM1012+-) bermula 24 Februari lepas. Jadi jika ada sesiapa yang singgah di Singpura, why not ask them to buy it for you okay? 

Oleh Wan Mohd Firdaus, 28 Februari 2018

Tags: , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.