“PENYAMPAIAN PSIKO ATAU REVERSE PSYCHO MAINKAN PERANAN..” KENALI SAFWAN SAWI, WARTAWAN TV3 VIRAL DEK GAYA LAPORAN BERSAHAJA
Isu MRT pernah hangat diperkatakan. Kemudahan Transit Aliran Massa (MRT) aliran Sungai Buloh-Kajang yang baru dilancarkan ternyata mendapat respon positif daripada masyarakat tempatan khususnya. Bercakap mengenai MRT, pasti kita tidak boleh melupakan sedutan laporan seorang wartawan yang menarik perhatian penonton dengan gaya penyampaian bersahaja ketika tampil dengan sebuah laporan khas berkaitan MRT di Buletin Utama baru-baru ini, seterusnya laporan TNB dan lain-lain. Mungkin inginkan sesuatu kelainan atau juga ingin menonjolkan identitinya tersendiri, GLAM Lelaki menghubungi wartawan TV3 Safwan Sawi dan memintanya berkongsi pengalaman serta identiti penyampaiannya bersama kami.
Stesen Sungai Buloh – Semantan Dibuka 16 Disember 2016Fasa pertama pembinaan projek Transit Aliran Massa MRT telah disiapkan mengikut jadual.Pencapaian ini membanggakan kerana memenuhi syarat jadual, serta dalam lingkungan bajet yang ditetapkan kerajaan.Kejayaan ini membuktikan kepentingan dan keperluan rakyat diutamakan, sekaligus menjadi mercu tanda sistem pengangkutan awam Malaysia setaraf negara maju.Wartawan Safwan Sawi meninjau persiapan akhir MRT, sebelum dibuka kepada orang awam 16 Disember ini.
Posted by Buletin TV3 on Rabu, 14 Disember 2016