MENGUNGKAP EJEN PERISIKAN ‘KINGSMAN’ DENGAN TAG HEUER CONNECTED MODULAR 45
Kolaborasi global antara Tag Heuer bersama produksi perfileman Marv dan 20th Century Fox mempersembahkan jam tangan edisi khas Tag Heuer Connected Kingsman kala meraikan susulan filem ejen rahsianya, Kingsman: The Golden Circle. Bakal ditayangkan September ini di seluruh dunia, jam TAG Heuer Connected Edisi Khas Kingsman ini dipilih sendiri oleh pengarah terkenal Matthew Vaughn untuk dipakai oleh ejen rahsianya.


Jam tangan Connected Modular 45 ini dikatakan dipakai oleh karakter-karakter penting menerusi filem Kingsman: The Golden Circle yang mana menyumbang kepada kejayaan misi para ejen rahsianya. Lantaran daripada itu, para ejen ini memerlukan jam tangan yang utuh untuk menahan tekanan di bawah permukaan air mahupun adegan lasak. Edisi khas ini membias aura serta estetika agresifnya dengan lugs atau cuping jam yang digarap besar dari material emas merah lalu disempurnakan dengan tali jam kulit siap dengan ukiran Kingsman padanya.


Tidak berhenti dari itu, jam tangan ini didatangkan dengan tali jam kedua dalam material baldu rona jingga. Di mana ia diinspirasikan daripada jaket baldu ikonik yang disarungkan oleh Taron Egerton. Perbezaan yang ketara antara Edisi Khas Kingsman dengan koleksi yang sedia ada adalah menerusi fungsi dailnya. Hadir sama ada dalam rona biru gelap atau kelabu, inskripsi serta logo Kingsman dilayarkan pada indeks jam 9 dan 3. Selain itu tepat jam 10:10, dail bergetar selama 10 saat langsung terpampang logo K.
https://www.youtube.com/watch?time_continue=1&v=DUMNxTCB4Ek
Oleh Editorial GLAM Lelaki
Tags
Artikel Yang Berkaitan
G-SHOCK GMC-2500 DAN GAC-2500 MEMBAWA FUNGSI G-SHOCK KEDALAM REKA BENTUK ANALOG
Casio mengumumkan tambahan terbaharu kepada barisan jam tangan tahan lasak, G-SHOCK, dengan GMC-2500 dan GAC-2500.
KOLABORASI PERIBADI RADO DAN TAN JIANCI
Rado memperkenalkan jam tangan Edisi Terhad terbaharu yang dihasilkan melalui kerjasama dengan Duta Jenama Global, Tan Jianci.
AUDEMARS PIGUET ‘THE WATCH KEEPERS’: TERPAKAI DAN DIIKTIRAF
Audemars Piguet memperkenalkan 'The Watch Keepers', perkhidmatan baharu bagi jam tangan Audemars Piguet terpakai yang disahkan.
DNA BERPARALEL BR-05 CHRONO SNOW ROCKET DAN SUKAN LUNCUR SKI
Sifat semulajadi sukan luncur ski mencerminkan DNA BR-05 Chrono Snow Rocket dengan ketepatan, kebolehbacaan, prestasi, dan penguasaan masa.
MUARA HOROLOGI: 5 SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER
Terokai sorotan jam tangan terbaharu Oktober yang menyatukan warisan, inovasi dan estetika kontemporari.
IWC SCHAFFHAUSEN MEMBAWA PERKHIDMATAN ‘INDIVIDUALISATION’ EKSKLUSIF KE PAVILION KUALA LUMPUR
Buat pertama kalinya di Malaysia, IWC Schaffhausen membuka peluang kepada para pengunjung untuk merasai pengalaman Perkhidmatan Penyesuaian Individu di aras dua Pavilion Kuala Lumpur.










