Skip to content

INI RAHSIA KULIT CANTIK ED SHEERAN

Kongsikan artikel ini

Siapa menyangka artis British yang cukup hangat dengan lagu ‘Shape Of You’ dan ‘Perfect’ mempunyai kulit yang semakin cantik! Ya ia jelas kelihatan semasa kehadirannya baru-baru ini ke Kuala Lumpur bersempena konsert jelajahnya di Malaysia. Berkongsi regim perapian dirinya, media sempat menemubualnya tentang bagaimana dirinya berjaya untuk memiliki kulit yang sihat dan cantik. Dan ini jawapannya..

“Kulit saya? Haha, kemungkinan besar kerana saya baru saja berhenti merokok dalam tujuh bulan yang lepas. Dulu kulit saya tampak agak kusam, saya rasa sejak saya berhenti merokok menjadikan kulit saya lebih bersih. Smoking is bad! Tapi saya merokok selama 13 tahun, dan saya memang suka merokok.

Sepanjang saya bebas merokok ini saya cukup menikmati kebaikannya, saya mempunyai lebih tenaga, saya tidur lebih lama dan yang penting saya tidak lagi batuk berdarah di waktu pagi. Jadi ia memang sesuatu yang sihat untuk dilakukan.

Jujurnya, saya rasa dunia ini akan menjadi lebih bersih dan sihat tanpa merokok. Dan bagi saya jika anda seorang lelaki, anda mempunyai gigi yang kuning, bau nafas yang busuk dan kulit yang teruk, saya rasa ia tidak menarik langsung. Apa yang menarik adalah jika anda seorang yang sihat dan bersih!”

Good job Ed! Mungkin tip ini boleh diikuti oleh anda semua.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 16 November 2017 (Sumber: Eh!)

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SYAMSUL YUSOF: PENGARAH VISIONARI FILEM MALAYSIA

Bacaan Lanjut
augustin eng

AUGUSTIN ENG, PASANG IMPIAN BEKERJASAMA DENGAN PEREKA FESYEN LOKAL

Bacaan Lanjut
"HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE." - NINA HASNUL

“HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE.” – NINA HASNUL

Bacaan Lanjut

5 GAYA FESYEN NABIL AHMAD

Bacaan Lanjut

ALIFF AZIZ: SEORANG LELAKI YANG SEMAKIN MATANG

Bacaan Lanjut
Nik Rifa'ie

NIK RIFA’IE: WAJAH UTAMA GL GANG & MENYELAMI KREATIVITI BINTANG BERBAKAT BESAR

Bacaan Lanjut