Kenali Mark O’Dea
September 9, 2015
Teks & Penyelaras: Johan Kassim
Gambar: Edmund Lee
Berasal dari United Kingdom, Mark O’Dea nekad mahu menetap di Malaysia bagi mengembangkan minat utamanya dalam bidang seni. Biarpun masih baru, kepetahan dan sifat disenangi Mark mengecarakan 8TV Quickie menggamatkan suasana.
Apakah idea kebahagiaan sempurna?
Bagi saya, kebahagiaan sempurna tercipta apabila anda melakukan sesuatu perkara yang sangat diminati dan cuba nikmati hidup sebaik mungkin. Saya bersyukur dikurniakan dengan kebahagiaan sebegitu.
Siapakah individu paling dikagumi?
Ibu saya. Dia membesarkan kakak dan saya dengan duit pendapatan sikit dan selalu mendahulukan kami dalam segala hal sebelum dirinya sendiri. Saya akan sentiasa kenang pengorbanannya.
On what occasion do you lie?
Saya benci menipu! Tetapi kadangkala saya terpaksa menipu untuk mengelakkan orang lain daripada rasa tersinggung tentang sesuatu perkara. Kalau tak ramai orang akan membenci saya. Haha!
What is your favourite journey?
Lawatan ke Miami ketika masih kecil dan saya teringin sekali ke sana lagi. Mungkin saya akan bersara di sana dalam dunia mimpi saya! Haha.
Bahagian penampilan yang tidak disukai?
Mungkin tangan saya. Sebab itulah saya suka menggigit kuku.
Perkataan atau frasa yang kerap disebutkan?
“Definitely LAHHH!” When I first came to Kuala Lumpur, I thought it was a silly word but now I say it all the time.
Apakah perkara yang paling anda kesali?
Saya kesal kerana tidak menghabiskan lebih masa bersama keluarga semasa kecil. Kerana keluarga adalah nadi kehidupan anda dan sekarang saya menetap di Malaysia, berjauhan dari keluarga menyebabkan saya sangat merindui mereka.
Bila atau di manakah tempat anda berasa gembira?
Ketika bersekolah. Muda dan tidak banyak tanggungjawab atau tekanan untuk berjaya dalam sesuatu perkara. Semakin dewasa, pastinya banyak benda yang perlu kita kecapi dan hidup berdikari.
Apakah bakat yang sering anda impikan?
Saya mengimpikan bakat bermain gitar kerana saya sangat suka menyanyi. Dan memiliki bakat sebegitu akan melengkapi minat saya.
What is your current state of mind?
Very focused. Ketika ini, saya masih berada di permulaan kerjaya saya dan saya mahu pergi dengan lebih jauh. Oleh itu, saya perlu sentiasa fokus sepenuhnya agar matlamat yang diinginkan tercapai.
Jika ada satu perkara tentang diri anda yang boleh diubah, apakah perkara itu?
Saya akan fikir sebelum saya cakap kerana kadang-kala ia menyebabkan saya terlibat dalam kesusahan.
Pencapaian terbaik?
Saya pernah menyelamatkan lelaki lemas di laut. Which I think is something to be proud of!?
Where would you like to live?
Malaysia adalah negara yang menarik tetapi saya juga ingin cuba tinggal di Filipina. Ia antara tempat paling menarik pernah saya lawati.
Perkara tidak disukai?
Durian!
Motto anda?
“You only live once… so live your life to the fullest!”
Being rich or poor, which one will you choose and why?
Saya rasa sesiapa yang menjawab miskin menipu kerana jika sesiapa sahaja yang berpeluang jadi kaya pasti mahukannya.
Rancangan TV suka tonton?
‘Period drama’ dan drama bersejarah. Anda boleh panggil saya orang yang membosankan tetapi itulah genre drama yang saya suka tonton. Saranan saya, tontonlah siri ‘The Tudors’ dan ‘Vikings’.
How were you as a kid?
I was a little rascal.
Perkara yang anda nantikan dalam enam minggu lagi?
Saya ada banyak perkara mengujakan kerana saya akan melancarkan video di saluran YouTube milik saya. Musim bola juga akan berlangsung tidak lama lagi dan tentunya membaca artikel ini nanti.
Di manakah diri anda dalam masa sepuluh tahun akan datang?
Harapnya saya akan memiliki rancangan TV sendiri. Ini adalah impian saya.
Kali terakhir anda ketawa besar?
Ibu saya hadir di rancangan Quickie dan berkongsi kepada semua penonton bahawa dia seronok menyambut ‘Hari Rama’ buat pertama kali di Malaysia!
Perkara pelik tentang diri anda?
Saya suka warna merah jambu! Which is rare for a guy! #onlyrealmenwearpink!!
What is it that you are passionate about?
Selain daripada pasukan bola sepak kegemaran saya (Chelsea), tentunya kerjaya saya sebagai pengacara. Saya memiliki pekerjaan yang sangat saya suka dan ini membuatkan saya sentiasa bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam bidang saya ceburi ini.
Tip grooming?
Matt Clay is my wonder product! Saya tidak suka menyapu gel yang memberi gaya rambut basah kerana ia akan membuatkan rambut saya nampak ‘greasy’. Saya lebih gemarkan gaya rambut ‘natural slick’. Oleh itu, saya saran gunakan gel rambut Matt Clay!
*Dipetik dari GLAM Lelaki edisi Oktober 2014
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KEHIDUPAN SONG JOONG KI DISERIKAN DENGAN KEHADIRAN CAHAYA MATA KEDUA
Sama seperti anak lelaki sulungnya, cahaya mata kedua Song Joong Ki turut dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Rom, Itali.
ERNIE ZAKRI CIPTA SEJARAH TERSENDIRI DI PENTAS ANUGERAH INDONESIA
Rezeki mengiringi penyanyi genit bersuara merdu, Ernie Zakri apabila dinobat sebagai pemenang anugerah Soundtrack Sinetron Paling Ngetop di Anugerah Muzik SCTV 2024.
BENARKAH MAKAN SAMBIL BERMAIN TELEFON BOLEH MENINGKATKAN BERAT BADAN?
Hari ini ramai daripada kita memilih untuk menikmati hidangan sambil memegang telefon bimbit dan melayari laman sosial. Tindakan ini sepatutnya dielakkan!
5 TIP UNTUK PASTIKAN PENAMPILAN RAMBUT ANDA SENTIASA BERGAYA
Sama seperti wanita, rambut mahkota buat kaum Adam. Terutama di kalangan lelaki metroseksual yang mementingkan penggayaan dan penjagaan rambut.
BAGAIMANA PAUL MESCAL BINA OTOT UNTUK WATAK LUCIUS DALAM GLADIATOR II?
Otot kekar Paul Mescal mencuri perhatian dalam filem sekuel yang dinantikan peminat, Gladiator II.
JONATHAN BAILEY DISAHKAN KEMBALI DALAM BRIDGERTON MUSIM KEEMPAT
Musim baru Bridgerton berkisar tentang percintaan anak lelaki kedua dalam keluarga Bridgerton iaitu Benedict dan pasangannya, Sophie Baek.