Skip to content

INI RAHSIA DAPATKAN TUBUH KEKAR BAK ERIK KILLMONGER DALAM BLACK PANTHER

Kongsikan artikel ini

Black Panther keluaran Marvel Studios adalah filem yang hebat diperkatakan kini, (selain filem Badang lakonan Dato Aliff Syukri). Selain jalan cerita dan plot mengujakan, antara hal lain yang hangat diperkatakan adalah tubuh kekar dan tegap yang ditonjolkan oleh watak antagonis, Erik Killmonger lakonan pelakon tampan berkulit hitam yang tidak asing lagi, iaitu Michael B Jordan. Kelibat Jordan sebelum ini sudah mula diperhati dan menjadi perhatian sejak membintangi beberapa filem besar seperti Creed dan Fantastic Four.

Apatah lagi dengan susuk tubuh badannya yang dikira hampir sempurna, yang pasti ia bukan percuma dan mudah. Walaupun sudah lama memiliki tubuh sebegitu sejak penglibatannya dalam filem tinju Creed pada tahun 2015, menurut jurulatih peribadinya Corey Calliet, ilhamnya adalah untuk membentuk tubuh Jordan bersesuaian dengan watak Erik yang mencabar Black Panther. Jadi bagaimana caranya Corey melatih Jordan?

Bagi menjayakan visi Calliet, Jordan dikerah untuk melakukan 2-3 latihan dan makan enam kali sehari. Demi memastikan otot dada dan punggungnya tampak lebih kelihatan, Calliet membiarkan aktor itu melakukan latihan asas, namun dengan intensiti dan frekuensi yang dipertingkatkan.

“Antara latihan-latihan dasar yang dilakukan adalah seperti lat pulldowns, deadlifts termasuk rutin angkat berat banyak. Saat di awal latihan, Jordan tak bisa mengangkat bebanan seberat 11 kilogram. Namun untuk filem Black Panther, dia sudah dapat mengangkat berat 52 kg sehingga 142 kg.” jelas Calliet lagi.

Menurut Calliet lagi, kunci untuk mendapatkan badan seperti Killmonger adalah konsisten dan tak mudah menyerah kalah, serta persediaan mental dalam menahan “rasa sakit”. Malah, Calliet pastikan Jordar mengambil diet dan makanan yang berkhasiat, pergi ke gym dan berolahraga malah harus betul memanfaat waktu di sana dan , bukan duduk bermain media sosial,” kata dia.

Calliet yang sudah empat kali menonton Black Panther mengatakan, momen paling membanggakannya adalah saat pergaduhan antara Jordan dan Chadwick Boseman dalam filem Black Panther.

 

Oleh Wan Mohd Firdaus, 21 Februari 2018

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BENTUK OTOT DALAM 30 HARI

Bacaan Lanjut

5 SENAMAN KAKI YANG PATUT ANDA LAKUKAN DI GYM 

Bacaan Lanjut
5 PRODUK FESYEN MENARIK BULAN INI

5 PRODUK FESYEN MENARIK BULAN INI

Bacaan Lanjut
KOLEKSI DISNEY X TOMMY, APA YANG MENARIK?

KOLEKSI DISNEY X TOMMY, APA YANG MENARIK?

Bacaan Lanjut
TIGA KOLEKSI MUSIM PANAS TERHANGAT

TIGA KOLEKSI MUSIM PANAS TERHANGAT

Bacaan Lanjut
MENGEJUTKAN! MICHAEL B. JORDAN DEDAH INSPIRASI FILEM CREED III

MENGEJUTKAN! MICHAEL B. JORDAN DEDAH INSPIRASI FILEM CREED III

Bacaan Lanjut