Skip to content

MALAM BERPESTA! GLAM LELAKI MERAIKAN ALPHA MEN 2018 EDISI ROYALTY

Kongsikan artikel ini

Saban tahun, majalah GLAM Lelaki pasti akan mengadakan parti tahunan yang semestinya happening dan fun. Tidak terkecuali tahun ini, dalam masa meraikan kewujudan kami yang menjadi sumber utama serta rujukan sah buat lelaki alfa dalam fesyen dan gaya hidup, berbezanya kali ini buat julung kalinya kami meraikan barisan tujuh jejaka berketurunan diraja yang wajar dicontohi, istimewa untuk edisi eksklusif Alpha Men 2018.

Biarpun sering dikaitkan dengan dunia glamor serba mewah, namun kewujudan mereka dilihat semakin sinonim dan rapat dengan rakyat jelata dek kuasa serta pengaruh media sosial. Bagi meraikan perhubungan ini, semalam, bertemakan ‘No Black Tie’, grand ballroom Hotel Shangri-La KL menjadi saksi pada acara penuh gilang-gemilang ini, apatah lagi dihadiri oleh dif-dif jemputan kehormat, barisan-barisan selebriti, rakan-rakan industri dan para klien, sememangnya gamat dibuatnya!

Editor GLAM Lelaki, Abdul Aziz Draim (kanan) bersama tetamu di malam GLAM Lelaki Alpha Men 2018.


Ketua Pegawai Eksekutif Blu Inc Media, Datin Azliza Ahmad Tajuddin (kiri) dilihat bersama pereka temptan, Dato’ Bernard Chandran.

Bermula seawal 7 malam, kelihatan ramai barisan selebriti dan jemputan sudah mula melewati ruang dewan sebelum masuk ke dalam grand ballroom untuk majlis makan malam berhidang. Yang pasti, semuanya kelihatan segak dan cantik sambil sempat bergambar di dinding foto GLAM Lelaki yang digarap berkonsepkan Gentleman’s Club yang disediakan oleh YSA Events.

GL Alpha Men 2018, YM Raja Yusuf (kanan) bersama isteri, Edrina Ridzmann & Raja Umar Jamalullai berkongsi momen lucu di photo booth GLAM Lelaki.


Adam, Kaka Azraff & Raja Malek

Tya Ariffin & Asyraf Khalid


Wan Ruzaini & Rizman Nordin


Andre Amir

JC Chee

Istimewanya, untuk parti tahunan ini, gaya peribadi kesemua Alpha Men serta beberapa selebriti dilengkapi dengan tajaan dan sarungan jam tangan mewah dari Zenith serta aksesori indah dari Stephen Webster.

Alpha Men 2018, YM Raja Yusuf Jamalullai Raja Mufik Affandi Raja Khalid


Alpha Men 2018, YM Tengku Arif Fahad Yam Tengku Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar (kanan) memilih jam tangan Zenith untuk dipadankan dengan persalinannya.


Alpha Men 2018, YM Tunku Nasruan Adil Bin Tunku Mudzaffar


Alpha Men 2018, YM Tengku Uzzaam Uzzairi Bin Tengku Dato’ Sri Uzir


Penghias sampul depan GLAM Lelaki edisi Mac 2018, Hael Husaini menggayakan jam tangan Zenith


Azrel Ismail


Kaer Azami mencuba seleksi aksesori daripada Stephen Webster.


Pelakon Eddy Asyraf melengkapkan gaya personalnya dengan rantai dan cincin daripada Stephen Webster.

Sekitar pukul 8.40 malam, malam istimewa ini dimulakan dengan ucapan dan kata-kata aluan daripada our own emcee, Daphne Iking yang tampak menawan, as always! Kemudian disusuli ucapan ringkas oleh Editor GLAM Lelaki, Abdul Aziz Draim mengalukan kehadiran semua jemputan dan seterusnya memperkenalkan barisan individu-individu kuat di sebalik penubuhan majalah GLAM Lelaki.

Daphne Iking mengalu-alukan kehadiran para jemputan.


Editor GLAM Lelaki, Abdul Aziz Draim.

Sejurus saja ucapan beliau tamat, malam istimewa ini diteruskan lagi dengan hidangan makan malam sambil diiringi persembahan pembukaan dari Ryot Jones yang memukau dan cukup bertenaga. Rata-rata semua jemputan terhibur sambil ada yang menari dan berdansa mengikut irama.

Zainul Azrin & Aina Syahirah


Penghias sampul depan GLAM Lelaki edisi Julai 2017, Norman Hakim


Datin Lynda Rahim

Kemudian, majlis bergerak ke acara kemuncak, iaitu majlis penghargaan kepada kesemua GLAM Lelaki Alpha Men 2018. Walaupun tidak semuanya hadir atas komitmen masing-masing yang tidak dapat dielakkan, majlis tetap berjalan lancar di mana empat daripada Alpha Men yang hadir dijemput ke atas pentas untuk menerima plak penghargaan yang dipersembahkan oleh Editor GLAM Lelaki, sambil diiringi sedutan video-video wawancara ringkas setiap Alpha Men. Mereka adalah YM Raja Yusuf Jamalullai Raja Mufik Affandi Raja Khalid, YM Tengku Arif Fahad Yam Tengku Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar, YM Tengku Uzzaam Uzzairi Bin Tengku Dato’ Sri Uzir,  dan YM Tunku Nasruan Adil Bin Tunku Mudzaffar.

Sebagai satu kejutan istimewa, turut diraikan adalah penghias sampul depan GLAM Lelaki edisi Sept 2018 juga merangkap GL Alpha Men untuk tahun 2016, Altimet yang hari jadinya juga berlangsung semalam. Kini memasuki usia yang cukup signifikan, Altimet, 40 tahun, kelihatan terpinga-pinga apabila dijemput ke atas pentas untuk meniup lilin kek hari jadi yang disediakan khas untuknya, sambil didendangkan lagu hari jadi oleh para tetamu di majlis malam tadi.

Setelah acara utama tamat, semua jemputan kembali dihidangkan dengan menu-menu sampingan lazat, berhibur dengan persembahan Ryot Jones sambil bergaul mesra antara satu sama lain sehinggalah tirai acara malam itu sampai ke akhirnya. Dilaksanakan dalam mood yang cukup kasual namun penuh glamor, nyata malam acara tahunan majalah GLAM Lelaki Alpha Men 2018 mencipta satu sejarah bagi meraikan individu-individu hebat bukan semata dari golongan artis dan karyawan seni sahaja, namun GLAM Lelaki turut mengiktirafkan mereka-mereka berlainan bidang yang boleh dijadikan inspirasi. Terima kasih sekali lagi buat semua yang menjayakan majlis secara langsung dan tidak langsung. Tidak dilupakan kepada semua penaja-penaja utama iaitu Zenith, Stephen Webster dan Hotel Shangri-la. Semoga kita bertemu lagi di tahun hadapan.

Jam Zenith Defy El Primero 21, antara jam tangan yang dipakaikan oleh GL Alpha Men 2018.

Aksesori maskulin berunsur jiwa Rock ‘N Roll berasal London, Stephen Webster kini boleh didapati secara eksklusif di HABIB Jewels.

1 of 24

Antara barisan selebriti dan jemputan yang hadir memeriahkan acara semalam.

Penghias sampul depan GL edisi Mei 2018, Syafiq Kyle

1 of 24

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Alphamen 2023

EKSPLORASI GLAM LELAKI ALPHAMEN 2023 BERSAMA MONTBLANC

Bacaan Lanjut
hisyam hamid 2023

“HERO MERUPAKAN SEORANG YANG PROMINENT, DISIPLIN DAN PROFESIONALISM” – HISYAM HAMID #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
Tony Eusoff

“SEBENARNYA SAYA PUN MASIH TERKIAL-KIAL UNTUK KEKAL RELEVAN DALAM INDUSTRI.” – TONY EUSOFF #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
Hugh Koh

“SETIAP LELAKI MEMERLUKAN SISTEM SOKONGAN” – HUGH KOH #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut

GLAM LELAKI RAI ULANG TAHUN KE-15 BERSAMA ALPHAMEN 2022

Bacaan Lanjut

ON THE MOVE DENGAN MONTBLANC EXTREME 3.0

Bacaan Lanjut