Skip to content

RAKYAT MALAYSIA MOHD SADDAM DINOBATKAN JUARA R U TOUGH ENOUGH? ASIA TENGGARA!

Kongsikan artikel ini

Rakyat Malaysia terbukti paling gagah di Asia Tenggara! KIX HD (Saluran Astro 729), destinasi utama untuk hiburan aksi di Asia, dan Fisherman’s Friend telah menobatkan pegawai tentera, Mohd Saddam bin Mohd Pittli, “Individu Paling Gagah Asia Tenggara” selepas berjaya menundukkan 21 finalis lain dari Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam dalam pertarungan hebat R U Tough Enough? Asia Tenggara. Beliau membawa pulang hadiah utama bernilai US$15,000 (RM62,438) serta pengalaman yang pasti dikenang sepanjang hayat.

Baru-baru ini, pertarungan terakhir R U Tough Enough? Asia Tenggara yang telah berlangsung di Orange Concourse, Sunway Pyramid, benar-benar menduga dan mencabar keupayaan semua finalis yang bertanding, bukan saja menguji dari segi kekuatan fizikal mereka, tetapi ketahanan mental dan daya tahan emosi.

Saddam yang berumur 27 tahun menyatakan isteri beliau sebagai penyokong utamanya. Katanya: “Saya terlampau teruja sehingga menangis sewaktu mereka mengumumkan nama saya! Walaupun saya telah banyak memenangi maraton dan perlumbaan, tetapi pertandingan ini paling bermakna buat saya! Dengan wang hadiah utama ini, saya merancang untuk membeli peralatan untuk membina ‘bootcamp’ mini saya sendiri bagi membantu rakyat Malaysia yang ingin mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.”

“Sungguh mengujakan melihat sambutan hangat yang diterima dari keseluruhan rantau ini terhadap R U Tough Enough? Asia Tenggara sejak beberapa bulan lepas sehingga kemuncak aksi pertarungan terakhir. Kebanyakan peserta memiliki kisah peribadi yang cukup memberikan inspirasi; mereka mengatasi pelbagai cabaran hidup sehingga sampai ke tahap ini. Inilah kisah hidup ketabahan sebenar sejajar dengan kandungan yang KIX HD komited untuk berkongsi dengan semua penonton di rantau ini,” jelas kata Betty Tsui, Naib Presiden, Pemprograman KIX HD. “Pertarungan akhir yang berlangsung adalah sangat sukar dan sengit, dan ini adalah bukti betapa gagahnya rakyat Asia Tenggara. Kami sangat berbangga dengan Mohd Saddam kerana beliau menjadi contoh sebenar ‘kegagahan’ fizikal, mental dan emosi, dan kami mengucapkan tahniah kepadanya bagi pencapaian ini. ”

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

Bacaan Lanjut
ALPHA

ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI

Bacaan Lanjut
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

Bacaan Lanjut
DIOR CRUISE 2027 IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD

DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD

Bacaan Lanjut
SWATCH X AP MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI

SWATCH X AUDEMARS PIGUET MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI

Bacaan Lanjut
ONITSUKA TIGER X MALAYSIA: SILUET IKONIK MEXICO 66™ DAN BAJU T EDISI TERHAD

ONITSUKA TIGER X MALAYSIA, HADIRKAN MEXICO 66™ DAN BAJU T YANG PENUH GAYA

Bacaan Lanjut